Dalam
al-Quran Allah menjelaskan tentang kurnia-Nya kepada manusia ialah tanah yang
subur. Dengannya dapat diushakan aktiviti pertanian yang mendatangkan rezeki
kepada petani. Hasil pertanian
memberikan kesejahteraan kepada seluruh rakyat.
Kita
perhatikan firman Allah dalam surah Saba, ayat 15 bermaksud: “Sesungguhnya
tentang penduduk di negeri Saba ada satu perkampungan menjadi bukti (kemurahan
Tuhan), di situ ada dua kebun yang subur di kanan dan kirinya. Makanlah dari
rezeki pemberian Tuhan ini dan bersyukurlah kepada-Nya, diberi anugerah satu
negara yang subur dan makmur, Tuhan Yang Pengampun.”
Manakala
dalam surah al-Anam ayat 95 pula, Allah menjelaskan mengenai biji dan buah yang
mengeluarkan benih untuk ditanam. Firmanya yang bermaksud: “Allah Maha Pencipta. Dia ciptakan biji benih sebagai benda yang
boleh tumbuh.”
Dengan
adanya tanah yang subur dan biji benih yang baik, dan ditambah pula dengan
nikmat air hujan yang diturunkan, maka lengkaplah keperluan bagi petani
menjalankan mengusahakan bidang pertanian.
Allah
menunjukkan kekuasan-Nya dan menjelaskan mengenai nikmat yang diperoleh melalui
air hujan yang menumbuhkan tanaman bermacam jenis.
Firman
Allah dalam surah az-Zumar, ayat 21 yang bermaksud: “Tidakkah engkau melihat bahawa Allah
menurunkan hujan dari langit, lalu mengalir di dalam bumi menjadi mata
air. Keadaan itu, Allah menumbuhkan
tanaman yang bermacam-macam warnanya.”
Seperti
yang kita sedia maklum, negara kita bertuah mempunyai tanah yang subur. Hujan
turun sepanjang tahun. Cuaca tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Keadaan
ini sesuai untuk jenis sayur, bunga dan tumbuh-tumbuhan.
Kita
seharusnya bersyukur dan melakukan usaha-usaha untuk memanfaatkan nikmat yang
Allah sediakan itu. Sesiapa yang bersyukur akan ditambahkan rezekinya oleh
Allah.
Firman
Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu
mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah
Ibrahim, ayat 7).
Bidang
pertanian mampu memberi kemewahan kepada petani. Malangnya, petani di negara kita ramai hidup dalam kemiskinan. Fenomena ini
perlu diubah bagi melahirkan golongan petani yang kaya dan berpengaruh.
Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib individu maupun kaum, melainkan individu atau kaum itu sendiri
berusaha mengubahnya.
Ini dijelaskan dalam firman-Nya,
ayat 11 surah ar-Rad yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.”
Tentulah tidak tepat jika dikatakan
menjadi petani bermakna menjadikan seseorang miskin. Sebenarnya, menjadi petani
juga boleh menjadikan seseorang kaya raya. Ramai petani memperoleh pendapat
lumayan. Malah ada petani bergelar jutawan.
Sesuatu yang dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan bersistematik pasti mendatangkan pendapatan lumayan. Begitu
juga dengan bidang pertanian. Di negara maju, petani menjadi golongan kaya dan
dihormati.
Allah amat mengasihi orang yang
berusaha bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka beroleh
kejayaan atas apa yang diusahakan, dan mendapat balasan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang yang apabila melakukan satu kerja,
dilakukan dengan penuh tekun dan sebaik mungkin.” (Hadis riwayat Baihaqi).
Sebenarnya menjadi petani bukan
punca menjadi miskin. Sebaliknya sikap kurang berusaha dan tidak berubah
mengikut perubahan semasa menjadi punca kemiskinan di kalangan petani.
Nabi Muhammad sentiasa menggalakkan
agar umatnya bercucuk tanam. Hal ini dapat difahami daripada sabda baginda yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad yang bermaksud:
“Sesunggpun
hari kiamat telah hampir, tetapi di tangan salah seorang daripada kamu masih
ada benih kurma, maka hendaklah dia segera menanamnya.”
Manakala
ada riwayatkan menceritakan tentang Rasulullah sentiasa memberi galakan agar
penduduk Madinah lebih giat mengusahakan bidang pertanian agar sumber makanan
mencukupi bagi kegunaan seluruh rakyat.
Baginda sendiri sering melawat kawasan kebun-kebun yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan untuk menaikkan semangat para petani melakukan kerja-kerja pertanian.
Baginda sendiri sering melawat kawasan kebun-kebun yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan untuk menaikkan semangat para petani melakukan kerja-kerja pertanian.
Sesungguhnya
sesiapa yang berusaha gigih dalam bidang apa sekalipun, insyaalah dia akan
beroleh kejayaan. Rezeki ada di mana-mana jika kita berusaha mencarinya. Mari
kira renungkan maksud firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 15 yang bermaksud:
“Dialah
yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap
penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya.”
Sikap malu menjadi petani perlu
dikikis. Allah tidak menilai pekerjaan seorang berdasarkan jenis pekerjaan.
Setiap pekerjaan dipandangan mulia di sisi Allah asalkan dilakukan dengan niat
mencari keredaan Allah untuk mencari rezeki yang halal.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Tidak makan seorang itu sebarang makanan pun lebih baik daripada dia memakan
makanan daripada hasil tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud mengambil
makanan dari usaha tangannya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari).
Mengikut catatan sirah, banyak di
kalangan rasul dan nabi sendiri menjadi petani dan penternak untuk mencari
rezeki. Rasulullah pernah menjadi pengembala kambing dalam usaha mencari rezeki
halal.
Kita perlu menjadikan Rasulullah SAW
sebagai ikutan seperti perintah Allah dalam ayat 9 surah ash-Shaff yang bermaksud: “Dialah yang mengutuskan
Rasul-Nya dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia
memenangkan dan meninggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik
tidak menyukainya.”
Golongan muda perlu mengubah
pandangan terhadap kerja sebagai petani. Lebih ramai lulusan pengajian tinggi
diperlukan sebagai petani.
Sikap siswazah yang lebih rela menganggur daripada menjadi petani membuktikan sikap tidak matang. Mereka tidak melihat peluang terbuka luas dalam bidang pertanian.
Sikap siswazah yang lebih rela menganggur daripada menjadi petani membuktikan sikap tidak matang. Mereka tidak melihat peluang terbuka luas dalam bidang pertanian.
Sikap itu bertentangan dengan
perintah Allah agar setiap orang berusaha mencari rezeki. Mencari rezeki wajib
selepas selesai menunaikan sembahyang.
Allah berfirman bermaksud: “Kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertaburanlah kamu di muka bumi, dan carilah
dari apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah dan ingatlah Allah
banyak-banyak, supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat.” (Surah al-Jumaah,
ayat 10)
Negara sedang berusaha melahirkan
petani komersial atau korporat yang menjadikan bidang tersebut dipandang tinggi
dan mendapat pengiktirafan sewajarnya. Ini tentulah memerlukan tenaga kerja
yang mahir dan berpendidikan tinggi.
No comments:
Post a Comment