Monday, 22 October 2018

SHISHA SEJARAH BERMULA DI INDIA TERSEBAR SELURUH DUNIA

Kata shisha berasal dari bahasa Farsi, shishe, yang berarti gelas. Shishe merujuk pada tabung gelas alat merokok ala Timur Tengah. Tradisi shisha berawal dari India utara di kawasan Farsi, Iran, tepatnya di kawasan perbatasan antara India dan Pakistan, di negeri Gujarat, Rajasthan dan Sindh.  

Dari India, shisha tersebar ke Iran, Turki, Iraq dan Mesir. Kemudian ia tersebar meluas ke Asia Tengah dan sebahagian Afrika Utara dan mutakhir ini shisha telah merebak ke hampir seluruh dunia.

Pada tahun 1554, Hakim dari Alepo dan Hems dari Damsyik membuka kedai shisha pertama di Kerajaan Ottoman. Kemudiannya shisha berkembang di banyak kedai kopi di Turki. Pada masa pemerintahan Murat IV (1623-1640), shisha mencapai puncak keemasannya dan digunakan oleh majoriti rakyat Turki.

Di abad ke-17, shisha mulai dihisap golongan bangsawan bersama alunan muzik, hidangan mewah dan tarikan gelek di majlis-majis kebesaran. Pada era pemerintahan Raja Salim III, di abad 19, shisha menjadi produk industri secara besar-besaran apabila beroperasi kilang gelas di Beykoz oleh Mehmet Dede.

Di Mesir, pada awal abad ke-20, shisha berkembang menjadi sebahagian dari budaya kosmopolitan. Kedai shisha paling popular pada awal abad itu adalah Kafe Jamaluddin al-Afghani dan Kafe El-Fishawi. Pelanggan mereka adalah Abdullah al-Nadim, pemidato terkenal revolusi Mesir 1919, Saad Zaghlul, perdana menteri pertama Mesir, serta sastrawan Mesir penerima Nobel 1988, Naguib Mahfouz.

Di akhir tahun 1980, seorang pedagang tembakau di Mesir mencampur tembakau shisha dengan sari buah. Langkah ini ternyata membuat shisha mendadak seluruh dunia. 

Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau.

Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.

Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau dengan rokok?

Secara umumnya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

(i) Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat dari tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

(ii) Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

(iii) Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buah-buahan ataupun wain. Bekas air ini selalunya diperbuat daripada kaca.

(iv) Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengikut tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih dari satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

Nama bagi shisha ini juga berbeza mengikut tempat atau negeri. Misalnya di negeri-negeri di kawasan Mediterranean Timur (Turki, Syria dan lain-lain) ia dikenali dengan nama narghile, di Mesir dan di sesetengah negeri Afrika Utara pula ia dikenali sebagai shisha atau goza dan di India ia dipanggil hookah. Dalam Bahasa Inggeris ianya dipanggil waterpipes tetapi nama shisha lebih dikenali dan sering digunakan.

No comments:

Post a Comment