Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 17
Julai 2013 telah memutuskan pengharaman shisha. Justeru, masyarakat Islam yang
terlibat diseru berhenti daripada terus membinasakan diri sendiri.
Sebelum itu, Jawatankuasa Fatwa
Selangor terlebih dahulu mengharamkan umat Islam terbabit dalam apa jua
perbuatan yang memudaratkan dan memabukkan diri termasuk menghisap shisha.
Jawatankuasa Fatwa Perlis pula
memutuskan haram penjualan dan penggunaan shisha.
Selain menghisap shisha, keputusan
muzakarah turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan
menghisapnya atau apa-apa aktiviti berkaitannya.
Shisha panggilan dalam bahasa Arab,
manakala di India disebut hookah yang bermaksud waterpipe.
Diharapkan fatwa itu tidak sekadar
satu fatwa yang tidak dikuatkuasakan.
Sepatutnya, selepas daripada ini, pihak-pihak yang berkenaan perlu
mengambil tindakan susulan bagi membolehkan ia dikuatkuasakan.
Memang diakui untuk menghapuskan
sepenuhnya perbuatan menghisap shisha dan penjualannya, tetapi diharapkan
penguatkuasaan nanti dapat mengurangkan atau membendungnya daripada
merebak.
Ingatlah, sesiapa melakukan perbuatan yang ditegah bermakna telah melakukan
dosa. Setiap dosa akan dikenakan balasan setimpal. Firman Allah SWT dalam surah
an-Najm, ayat 39 bermaksud: “Dan tidaklah bagi seseorang itu kecuali apa yang
telah dia perbuat.”
Usahlah terpedaya dengan
keseronokan yang sementara sedangkan individu yang terlibat akan menanggung
sengsara dan menderita dengan pelbagai penyakit kronik di kemudian hari.
Pengharaman ini dilihat amat
bertepatan dengan prinsip maqasid syariah dalam memelihara kesucian agama,
jiwa, akal, keturunan dan harta daripada sebarang bentuk pembaziran wang
ringgit, masa dan usia selain jelas memudaratkan kesihatan serta dikategorikan
sebagai satu perkara buruk atau keji.
Justeru masyarakat Islam yang
terlibat diseru memuhasabah diri sambil merenung maksud firman Allah SWT yang
berbunyi, "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan)
agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala
usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang
berusaha memperbaiki amalannya". (Surah al-Baqarah: 195).
Aktiviti penguatkuasaan daripada
pihak berwajib juga diperlukan untuk membendung ia daripada terus merebak dalam
masyarakat. Menghisap shisha seolah-olah trend baharu yang begitu popular dan
semakin diminati.
Tanpa mengira jantina dan bangsa,
golongan ini seronok melepak berjam-jam lamanya sambil bertukar-tukar peralatan
shisha sesama mereka yang dikhuatiri menyebabkan mereka terdedah pula kepada
penyakit berjangkit melalui air liur iaitu batuk kering.
Kelihatan ia sangat menjijikkan
namun bagi yang seronok dan ketagih menghisap pelbagai perisa shisha ia tidak
diendahkan, dalam masa yang sama peniaga terlibat terus mengaut keuntungan
daripada kealpaan orang lain.
Pihak kerajaan juga dicadangkan
menyekat kemasukan peralatan shisha ke negara ini sambil mengkategorikannya
sebagai barangan kawalan selari dengan fatwa yang dikeluarkan untuk membendung
aktiviti negatif ini daripada terus berkembang.
Shisha bukan lagi asing di negara
ini apabila pengaruhnya menular shingga menjadi satu trend dan gaya hidup terutama
di dalam kalangan remaja dan generasi muda yang cenderung kepada gaya hidup
baru yang kononnya lebih moden dan bebas.
Shisha dijadikan pilihan sesetengah
masyarakat di bandar dan golongan muda yang kononnya untuk melepaskan tekanan
sambil bersantai. Apa yang lebih
menakutkan, shisha yang banyak diperkatakan membawa lebih banyak mudarat
daripada rokok dan mula menular kepada golongan wanita dan sesetengahnya ke
tahap ketagihan.
Sekian lama wujud persepsi buruk
terhadap shisha, akhirnya difatwakan haram.
Shisha diamalkan penduduk di Utara
India kemudian berkembang ke Iran, Turki, Iraq dan Mesir sejak 500 tahun lalu. Shisha
semakin popular pasa 1980-an apabila seorang pedang Mesir menambah cita rasa
kenakan tembakau dengan sari buah-buahan dan membangkitkan minat yang drastik
dalam kelangan masyrakat.
Peryelidikan dijalankan WHO
mendapati jumlah asap shisha disedut dalam tempoh sejam dianggarkan bersamaan
menghisap antara 100 hingga 200 batang rokok.
Kajian diketuai oleh penyelidik
bebas dari Universiti Diraja Arab Saudi menunjukkan asap shisha adalah 30 kali
lebih pekat dalam dengan bahan kimia daripada asap rokok. Malah asap sisha
adalah 200 kali lebih toksik daripada asap rokok.
No comments:
Post a Comment