Friday 24 May 2019

AK 8 - CAJ MINIMUM DAPAT UNTUNG PERCUMA


Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) mengenakan caj minimum kepada setiap pengguna atau pelanggannya. Caj minimum juga dikenali sebagai 'sewa meter' di kalangan penduduk Kelantan.

Caj minimum yang dikenakan setiap bulan ialah RM4.50 bagi setiap akaun. Jadi, biarpun jumlah penggunaan tidak mencapai bayaran RM4.50, pengguna tetap dikenakan caj bulanan RM4.50.

Ini bermakna, caj sebanyak RM4.50 tetap perlu dibayar biarpun AKSB gagal menyediakan walaupun setitik air kepada pengguna melalui meter tersebut.

Inilah keuntungan atas angin yang diperoleh oleh AKSB. AKSB menawarkan promosi sambungan baru dan sambungan semula bekalan air biarpun sedar tidak mampu menyediakan bekalan air secukupnya untuk pengguna.

Ramai pengguna AKSB berdepan situasi gangguan bekalan air yang tiada langsung sehingga berlarutan berbulan-bulan lamanya, tetapi masih perlu membayar jumlah minimum.

Halalkah pendapatan AKSB yang digunakan untuk membayar gaji kakitangan?  

No comments:

Post a Comment