Ibu larang anak dan cucu balik raya. Ini
kes sudah terbalik. Kita biasanya mendengar ibu bapa merayu atau mengharapkan agar
anak dan cucu pulang berhari raya. Manakala, pasangan suami isteri pula sanggup
'bergaduh' untuk pulang ke rumah ibu bapa masing-masing.
Hari raya adalah peluang untuk seluruh
ahli keluarga berkumpul dan bergembira sambil mengeratkan persaudaraan. Sesiapa
yang tidak dapat balik berhari raya bersama keluarga akan berasa amat sedih dan
hilang kemeriahan hari raya.
Jadi, sesuatu yang amat pelik apabila ibu
melarang anak dan cucu balik raya. Apakah sebabnya? Adakah kerana krisis atau perbalahan
dalam keluarga?
Cerita benar ini, mengikut cerita seorang
kawan, berlaku disebabkan krisis kegawatan bekalan air akibat kegagalan AKSB membekalkan
air bersih kepada pengguna.
Ibu tidak sanggup melihat anak dan cucu-cucu
berhari raya tanpa air. Kalau sudah ramai berada di rumah, tentu sekali banyak air
yang diperlukan.
Apa guna hari raya kalau tidak mandi dengan
badan berbau busuk. Hendak memasak pun tidak dapat dilakukan. Kerja memasak dan
membasuk pinggan mangkuk serta periuk belanga memerlukan banyak air. Itu tidak masuk
lagi kencing dan berak cucu yang tidak tentu masa.
Jadi, langkah 'bijak' ibu untuk mengelak
situasi itu ialah dengan 'mengarahkan' anak dan cucu tidak balik raya.
No comments:
Post a Comment