Kerajaan
negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan
air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan
Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan
Water Sdn Bhd (KWSB) dengan pemilikan saham sebanyak 30% (YAKIN) & 70%
(Thames Water) dalam KWSB.
KWSB
mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua
tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk
mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan
termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk
negeri Kelantan.
Pada
29 April 1999, Kerajaan Negeri Kelantan telah membuat keputusan untuk membeli
keseluruhan saham Thames Water PLC dalm KWSB iaitu 70% dan YAKIN 30% melalui
Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nama KWSB telah ditukar kepada Air
Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam
AKSB.
Penstrukturan
semula AKSB telah dibuat pada Disember 2007 dengan Kelantan Utilities
Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sebagai syarikat induk kepada AKSB dan
beberapa anak syarikat yang lain. Manakala KUM pula merupakan anak syarikat
kepada PMBK.
Biarpun telah berlaku penstrukturan semula
yang dianggap satu usaha untuk menambahbaik perkhidmatan, namun ia sekadar impian
kosong. AKSB terus dibelenggu dengan masalah untuk menyediakan bekalan air bersih
kepada rakyat Kelantan.
Isu air keruh dan berkarat, serta gangguan
bekalan air tidak dapat dipisahkan dengan AKSB. Sebab itu AKSB digelarkan Air Keruh
Sokmo Boh atau Air Karat Sendirian Berhad.
No comments:
Post a Comment