Saturday, 25 May 2019

AK 11 - RAYUAN PULIH GANGGUAN BEKALAN AIR

Kisah dan episod masalah gangguan bekalan air Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) tidak pernah berhenti. Ia berulang-ulang tanpa mengira masa tidak ubah seperti siaran Astro. Ada yang hanya satu episod dan ada berlanjutan beratus-ratus episod makan masa berbulan-bulan sehingga masuk tahun.

Itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Kelantan pengguna air AKSB. Bukan jumlah yang sedikit terpaksa menghadapi kesan derita akibat kegagalan AKSB ini. Perit dan sengsara hanya mereka yang menghadapinya sahaja yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Pada siri ini ambo salin dan tampal catatan seorang rakan di FB:

Hampir 5 mggu lebih bekalan air oleh AKSB bermasalah di umoh ambo area Semat Jal, Wakaf Bharu. Sblm ni, air akan masuk ke tangki dale pukul 2 pg & lebih kure kul 8 pg air akan xdok plk. Jadi cepat2 lah tadoh & simpan air secukupnya. Tggu la kul 2 pg plk baru ado air. Tapi hari ni genap 4 hari doh air xdok langsung walaupun setitik. Terpakso g umoh saing tadoh air begeleng2 utk kegunaan harian. Bayangkan dgn air itulah nk mandi, masok, basuh baju & lain2.

Sblm ni sekiranya ada gangguan membabitkan masa yg lama @ sekejap, notis gangguan ambo terimo tapi sapa ko hari ni ambo x terimo surat/notis pn dr AKSB sekiranya ada gangguan/baik pulih bekalan air @ sebagainya.

Skrg ni kito x kecek lg masalah kualiti air yg semua Rakyat Kelate sdh lama alami & merasai keperitan ni. Klu baju putih gak meme keno beringat sokmo nk basuh & sesetengoh oghe trauma klu nk beli baju warno putih. Beli baju putih hari ni, 5 bule lg automatik tukar jadi warno krim. Loni ambo & oghe yg mengalami mslh yg samo sgt2 mengharapkan biar ado air dulu. Lepas ni baru la pikir pasal kualiti air. Mitok tlg sgt3.

Sahabat ambo dr KB Lokman Ismail dh berminggu2 & mgkin jgk sdh berbulan2 alami mslh yg sama.

Di Tumpat ni merupakan kawase MB Kelate & saloh soghe EXCO Kerajaan Negeri serta 2 org Mantan EXCO. Sepatutnya mslh ni x timbul tp dgr2 kabar & x tahu betul @ saloh, area kediaman MB xdok mslh mgkin sbb jawatan dio kot.

Kito ni lebih kure 10 hari lg akan sambut Hari Rayo Aidilfitri. Dgn kapasiti hok ado loni pn xleh menampung penggunaan air bayangkan lps ni lg la bermasalah sbb berpuluh2 ribu perantau, anok beranok & sahabat handai akan membanjiri bumi Kelate. Oghe luar @ oghe Kelate yg bekerja di luar x alami @ kurang alami seperti ambo & oghe2 lain alami.

Sy mohon & merayu sgt2 AKSB & Kerajaan Negeri ambik tindakan drastik atasi masalah ni.

No comments:

Post a Comment