Air
Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) ada menempatkan tangki air statik untuk kegunaan
kecemasan di tempat-tempat yang sering berlaku gangguan bekalan air.
Air
yang dimasukkan ke dalam tangki untuk kegunaan kecemasan itu dikongsi penduduk
di kawasan berkenaan.
Namun,
penduduk sering menjadi cemas apabila bekalan air di tangki tersebut kehabisan.
Bukan kehabisan sejam dua, bahkan masuk hari kedua pun masih kosong.
Bayangkan
nasib malang menimpa penduduk di kampung berkenaan? Isu ketiadaan air bukan
perkara kecil. Air satu keperluan. Segala-galanya memerlukan air.
Orang
yang tidak menghadapi situasi itu akan memberi menasihat 'bersabarlah'. Ya...
terima kasih dengan nasihat itu. Nak tahu boleh sabar atau tidak, anda kena
alami sendiri. Ketika itu baharu tahu erti kesabaran.
Pada
tahun 2019 ambo berdepan masalah bekalan air tidak masuk tangki di rumah selama
66 hari. Sepanjang tempoh tersebut terpaksa memunggah air dari tangki statik yang disediakan AKSB. Tidak kira pukul dan masa terpaksa ulang alik memunggah
air.
Peristiwa
itu termasuk pada bulan Ramadan. Untuk mengelak keletihan pada siang hari,
kenalah punggan air pada waktu malam. Keluar rumah punggah air pukuk dua tiga
pagi itu sudah biasa. Sebelum bersahur kena punggah air. Selepas berbuka kena
punggah air juga.
Semalam
(04 Feb 2020) bekalan air dalam tangki statik kering sejak pagi lagi. Pada
pukul 12.03 pagi 05 Feb 2020, tangki masih kosong lagi. Sejak pagi semalam,
ambo telah menjengok ke tangki itu sebanyak enam kali. Amat kecewa... berterusan
kosong.
Di
rumah memang sudah tiada bekalan air...... anda boleh bayangkan sendiri. Apa akan
terjadi jika tiba-tiba perlu buang air besar. Soal tidak mandi pagi tidak perlu
difikirkan lagi.... itu tidak penting lagi. Semoga kes tangki statik kosong tidak berterusan.
No comments:
Post a Comment