Wednesday, 22 July 2020

TIGA KATEGORI JENIS KELAPA

Jenis tanaman kelapa boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu jenis kelapa tinggi (tall variety) dan jenis kelapa renek (dwarf variety). 
 
Kelapa juga boleh kita dibahagikan mengikut warna iaitu secara kasarnya boleh dikelaskan dalam kategori kelapa hijau (C. veridis), kelapa merah (C. rubescens) dan juga jenis kelapa kuning (C. eburens).

Buah kelapa hijau mudah dijumpai di mana lazimnya ia mempunyai pokok yang tinggi dan buah yang kulitnya berwarna hijau semuanya. 
 
Buah kelapa hijau bersaiz besar di mana ia sering digunakan dalam masakkan. Airnya juga berkhasiat dan digunakan sebagai bahan untuk perubatan tradisional seperti sebagai penawar racun, mengubati muntah-muntah dan juga kepala pening dan pelbagai kegunaan lagi.

Kelapa kuning pula kebanyakannya adalah dari jenis kelapa renek yang cepat berbuat dalam masa 3 tahun sahaja di mana ketinggian pokok sekitar 1.0 - 1.5 meter sahaja. 
 
Buah kelapa kuning lazimnya berbentuk bulat dan bersaiz kecil serta berwarna kuning dan digunakan sebagai kopra atau kegunaan lain.


No comments:

Post a Comment