Kempen
utamakan membeli produk Muslim adalah suatu tindakan yang inklusif dan
kompetitif dalam konteks perniagaan dan harus dilihat secara positif.
Kempen
itu bukan bersikap perkauman atau rasis dan jauh sama sekali untuk mewujudkan
perbalahan atau permusuhan antara agama.
Kajian menunjukkan kempen sokong produk Muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas.
Kajian menunjukkan kempen sokong produk Muslim akan membawa kesan positif kepada limpahan ekonomi yang lebih luas.
Kempen
tersebut pastinya akan banyak membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS)
yang rata-rata terdiri di kalangan orang Muslim.
Usahawan
IKS sering disisihkan oleh peniaga besar seperti gedung membeli belah utama.
Akibatnya, produk IKS hanya berlegar di kedai-kedai runcit di kampung sahaja.
Dengan
adanya kempen membeli produk Muslim, secara tidak langsung produk IKS mampu
lebih berdaya saing dan mula dikenali.
Sebelum
ini, banyak produk IKS tidak mampu menonjol kerana berdepan dengan persaingan
dari syarikat besar yang mempunyai modal besar untuk mengiklankan produk mereka
selain mempunyai rangkaian pengedaran yang cekap.
Apabila
produk IKS berdaya saing, ia akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada
rakyat terutama golongan belia yang kini ramai tidak berpekerjaan.
Perkembangan
ekonomi yang menyeluruh melibatkan segenap peringkat lapisan ekonomi akan membawa
kepada kitaran ekonomi lebih menyeluruh yang sekaligus merapatkan jurang
ekonomi antara kaum.
Orang
Islam tidak perlu mudah berubah hati dan tergugat dengan 'nasihat' dari pemimpin
yang meminta agar menghentikan boikot barang bukan Islam.
Perlu
diingat, ini bukan kempen memboikot barang bukan Islam, tetapi mengutamakan produk
Muslim. Rakyat berhak membuat pilihan produk mana ingin diutamakan dalam pembelian
atau penggunaan perkhidmatan.
No comments:
Post a Comment