Peribahasa
memainkan peranan yang penting dalam kalangan orang Melayu. Tujuan utama
penggunaannya adalah untuk menyampaikan nasihat, teguran, atau peringatan
secara kiasan atau sindiran tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati orang
lain.
Peribahasa
wujud apabila masyarakat Melayu sukar memberikan nasihat atau teguran secara
berterus terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaan. Lantas, mereka
mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin
disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang.
Orang
Melayu pernah menyatakan, “pukul anak sindir menantu”. Maksud peribahasa itu ialah memarahi seseorang
tetapi kemarahan itu ditujukan kepada orang lain. Dalam hal ini, matlamat yang
sebenar memarahi menantu tetapi yang dipukul anak sendiri.
Inilah
yang difahami maksud kepada catatan oleh seorang rakan di FB. Persoalannya, adakah
orang akan faham bahawa apa yang ditulis itu adalah 'pukul anak sindir menantu'.
Sama
ada orang faham atau tidak, memang menarik membaca catatan rakan itu.
Tulisnya:
Apa ni? Tak payah duk rasis sangat la... Apa penting buh nama Melayu?? Siap
pintu gerbang lak tu... Melampau la puak ni. Dah la pakai baju Melayu siap
bertanjak.. jangan duk rasis.
Mohon
kerajaan roboh segera pintu gerbang Melayu ni. Hormati bangsa lain. Kalu
dibiarkan nanti Melayu tumpu sini saja. Melayu ni rasis.
Melayu
ni kalu dah sepakat susah! Mau lingkup bisnes minoriti. Ni kalu wat Jalan
Melayu lak lagi rasis. Bisnes Melayu pun baik tutup sebab nanti dia pakat bantu sama dia. Bangsa lain pun meniaga gak! Jangan duk rasis la Melayu.
Apa?
Nak boikot? Pi boikot telekomunikasi gak laaa kalu mampu wahai Melayu! Ada
orang dah cabar tu. Berani ke beli tepon n topup kedai Melayu??
Bangsa
lain takder pun wat pintu gerbang camni! Please robohkan jangan rasis!!! Pi
balik negara asal la wahai Melayu! Katner? Pi balik Tanah Melayu
No comments:
Post a Comment