Negara
pernah dikejutkan dangan pendedahan ada penternak ikan, khususnya ikan keli
yang menggunakan bahan dari babi seperti perut dan bangkai babi sebagai makanan ikan keli.
Perbuatan
itu dilakukan penternak dari kalangan bukan Islam. Mereka mengambil jalan mudah
memberikan sisa daripada babi sebagai sumber makanan kepada ikan keli ternakan
mereka kerana harganya murah dan mudah diperoleh dari kalangan penternak dan
penyembelih babi.
Secara
hukum fikah, haram memakan ikan yang diberi makan bangkai babi. Bagaimanapun
hukumnya bertukar harus apabila ikan itu dikuarantin selama tiga hari selepas kali
terakhir diberi makan sumber haram itu.
Persoalannya,
adakah kuarantin selama tiga hari atau 72 jam itu dilakukan? Biasanya penternak
tidak melakukan kerana kerja itu sukar dilakukan.
Ikan
dari kolam yang dicemari bangkai babi itu perlu dipindahkan ke kolam lain yang bersih
dan dibiarkan hidup di kolam baharu itu selama 72 jam.
Memandangkan
timbul keraguan, maka adalah lebih elok jika orang Islam mengelak daripada membeli
ikan keli yang diternak oleh bukan Islam.
Menjauhkan
perkara yang meragukan itu adalah wajib. Pilih dan utamakan produk hasil keluaran muslim yang diyakini halal dan bersih. Utamakan produk keluaran muslim. Bukan sahaja halal, tetapi dapat membantu sesama muslim tingkat ekonomi.
No comments:
Post a Comment