Ramai suka memelihara kucing. Tetapi masalah
besar ialah kucing akan berak dan kencing merata-rata.
Hal ini berlaku terutama kediaman yang
sentiasa tertutup yang menyukarkan untuk kucing keluar masuk. Kucing sebenarnya
bukan suka-suka hendak kencing dan berak di dalam rumah.
Memang menyiksakan jika keadaan itu berlaku
terutama dalam rumah yang penuh dengan hamparan permaidani dan perhiasan lain.
Tempat paling sesuai untuk kucing berak dan
kencing tentu sekali di dalam tandas. Biarpun mungkin bukan di dalam mangkuk
tandas, tempat di tepi lubang air pun sudah baik. Mudah untuk disimbah agar
najis itu terus masuk ke dalam saluran air.
Satu cara untuk mendidik kucing berak dan
kencing di dalam tandas ialah mengurungnya di dalam tandas. Lakukan beberapa
hari. Tidak semestinya berterusan sepanjang hari. Boleh dilakukan pada waktu
malam sahaja.
Lebih elok jika ketika kurung itu di dalam tandas
itu kucing diletakkan di dalam sangkar. Sangkar itu diletakkan di sudut yang kita
ingin ajar kucing itu berak di mana. Kucing biasanya akan berak di tempat yang sama.
No comments:
Post a Comment