Pada sebatang pensil terdapat mata
untuk menulis. Manakala ada pensil yang di bahagian hujung terdapat pemadam.
Jadi, pada bahagian sebatang pensil boleh digunakan untuk menulis dan pada sisi
lain pula boleh memadam.
Diumpama sebagai pensil, jadilah
pensil yang menulis kebaikan dan kebahagiaan kepada orang lain. Buatlah catatan
dengan perkataan baik dan menggembirakan. Jika tidak mampu melakukan perkara
itu, jadilah sebagai pemadan yang menghapuskan duka lara dan keburukan orang
lain.
Ingatlah, jika tidak mampu
mengembirakan orang lain, jangan buat orang lain menderita. Jika tidak ingin
menolong orang lain, jangan pula kita menyusahkan prang lain. Buatlah kebaikan
kepada orang lain seperti kita mengharapkan kebaikan orang lain terhadap kita.
Sepintas lalu, mari baca sejarah
pensil. Pensil yang biasa sering kita gunakan, dibuat daripada gabungan batang
kayu yang di dalamnya terdapat isi pensil atau grafit karbon. Pengeluar utama
batang pensil di dunia ialah Amerika Syarikat.
Penggunaan grafit sebenarnya telah
dimulai sejak zaman Yunani. Bagaimanapun, penemuan grafit karbon yang sesuai
untuk pensil ditemui pada tahun 1564 di Borrowdale di kawasan utara Inggeris.
Kelebihan grafit karbon yang ditemui berbanding grafit sebelumnya adalah
mineral di dalam grafit karbon itu tidak dapat terbakar dan meninggalkan bekas
berwarna hitam mengilap, serta mudah dipadamkan.
Mata pensil dibezakan menurut
komposisi. Huruf B bermaksud ketebalan (boldness) yang bererti kandungan grafit
karbon lebih banyak. Sementara huruf H pula memberitahu kekerasan komposisi,
jadi maksudnya adalah kandungan tanah liatnya lebih banyak. Pensil memiliki dua
sifat iaitu keras dan tebal. Makan itu sebabnya ketika menjawab peperiksaan
objektif kita disarankan menggunakan pensil 2B kerana lebih halus dan tebal
agar komputer dapat membaca jawaban.
Kata pencil berasal dari bahasa
Latin iaitu penicillus, yang bermaksud ekor kecil. Orang pertama yang
menggunakan grafit karbon dalam batang pensil adalah keluarga Faber yang
tinggal di Jerman. Keluarga ini memulai usaha pembuatan pensil grafit pada
tahun 1760. Namun sayang, usaha Faber kurang berjaya. Orang tidak suka
menggunakan pensil Faber kerana mudah patah dan mengotori tangan.
Pada tahun 1895 NJ Conte
menyempurnakan pensil buatan Faber. Agar pensil tidak mudah patah, grafit
dicampur dengan air dan tanah liat, kemudian dibakar untuk lebih tahan.
Teknologi membuat pensil sentiasa
diinovsikan. Biarpun nampak seperti tidak banyak berubah, hakikatnya kualiti
dan kreativiti pembuatan sentiasa berubah. Conothnya, kini ada batang pensil
menggunakan kertas surat khabar yang dikitar semula.
Pensil ini dihasil menggunakan
surat khabar yang telah melalui beberapa proses tertentu. Surat khabar lama
yang dikumpul akan dibersihkan sebelum ditekan dan menjalani proses eksklusif
dipanggil roll on. Setelah mata atau grafit karbon pensil diletakkan, ia akan
dibalut menggunakan gam berasaskan air dan kemudiannya dikeringkan.
Menariknya, biarpun ia diperbuat
daripada surat khabar lama, pensil ini dapat berfungsi lebih baik berbanding
pensil konvensional yang diperbuat daripada kayu. Dengan teknologi pembuatan
pensil daripada kertas suratkhabar, tidak perlu lagi menebang pokok.
Kebanyakan batang pensil berbentuk
bulat atau selinder panjang. Bentuk itu mudah bergolek dan kebarangkalian mata
patah lebih tinggi. Maka sebab itu ada pensil yang berbentuk bersegi-segi untuk
menjadikan kedudukannya stabil semasa diletak di atas meja.
No comments:
Post a Comment