Sejarah pensel bermula semenjak
manusia tahu membuat catatan dalam bentuk lakaran dan gambar. Pensel terawal
adalah jari yang diguna untuk melakar bentuk di tanah.
Ranting dan kayu kecil turut digunakan sebagai pensel. Batu dan benda keras pula digunakan untuk mengukir di dinding gua, di hamparan batu dan batang pokok. Seterusnya grfit karbon digunakan memberi kesan lukisan dengan cara lebih lembut.
Penggunaan grafit sebenarnya telah
dimulai sejak zaman Yunani. Bagaimanapun, penemuan grafit karbon yang sesuai
untuk pensel ditemui pada tahun 1564 di Borrowdale di kawasan utara Inggeris.
Kelebihan grafit karbon yang ditemui berbanding grafit sebelumnya adalah mineral di dalam grafit karbon itu tidak dapat terbakar dan meninggalkan bekas berwarna hitam mengilap, serta mudah dipadamkan.

Mata pensel dibezakan menurut
komposisi. Huruf B bermaksud ketebalan (boldness) yang bererti kandungan grafit
karbon lebih banyak. Sementara huruf H pula memberitahu kekerasan komposisi,
jadi maksudnya adalah kandungan tanah liatnya lebih banyak.
Pensel memiliki dua sifat iaitu keras dan tebal. Maka itu sebabnya ketika menjawab peperiksaan objektif kita disarankan menggunakan pensil 2B kerana lebih halus dan tebal agar komputer dapat membaca jawaban.

Kata pencel berasal dari bahasa
Latin iaitu penicillus, yang bermaksud ekor kecil. Orang pertama yang
menggunakan grafit karbon dalam batang pensel adalah keluarga Faber yang
tinggal di Jerman.
Keluarga ini memulai usaha pembuatan pensel grafit pada tahun 1760. Namun sayang, usaha Faber kurang berjaya. Orang tidak suka menggunakan pensel Faber kerana mudah patah dan mengotori tangan.
Keluarga ini memulai usaha pembuatan pensel grafit pada tahun 1760. Namun sayang, usaha Faber kurang berjaya. Orang tidak suka menggunakan pensel Faber kerana mudah patah dan mengotori tangan.
Pada tahun 1895 NJ Conte
menyempurnakan pensel buatan Faber. Agar pensel tidak mudah patah, grafit
dicampur dengan air dan tanah liat, kemudian dibakar untuk lebih tahan.
Teknologi membuat pensel sentiasa
diinovsikan. Biarpun nampak seperti tidak banyak berubah, hakikatnya kualiti
dan kreativiti pembuatan sentiasa berubah. Contohnya, kini ada batang pensel
menggunakan kertas surat khabar yang dikitar semula.
Pensel ini dihasil menggunakan
surat khabar yang telah melalui beberapa proses tertentu. Surat khabar lama
yang dikumpul akan dibersihkan sebelum ditekan dan menjalani proses eksklusif
dipanggil roll on.
Setelah mata atau grafit karbon pensel diletakkan, ia akan dibalut menggunakan gam berasaskan air dan kemudiannya dikeringkan.
Setelah mata atau grafit karbon pensel diletakkan, ia akan dibalut menggunakan gam berasaskan air dan kemudiannya dikeringkan.
Menariknya, biarpun ia diperbuat
daripada surat khabar lama, pensel ini dapat berfungsi lebih baik berbanding
pensel konvensional yang diperbuat daripada kayu. Dengan teknologi pembuatan
pensel daripada kertas suratkhabar, tidak perlu lagi menebang pokok.
Kebanyakan batang pensil berbentuk
bulat atau selinder panjang. Bentuk itu mudah bergolek dan kebarangkalian mata
patah lebih tinggi. Maka sebab itu ada pensil yang berbentuk bersegi-segi untuk
menjadikan kedudukannya stabil semasa diletak di atas meja.
No comments:
Post a Comment