Penglibatan wanita dalam politik bukan sekadar penyeri atau nasi
tambah, tetapi menjadi nadi kekuatan sesebuah parti. Sebab itu, Pas yang pernah
mengeluarkan fatwa bahawa wanita haram menjadi calon pilihan raya dan dilantik
menjadi pemimpin, telah berubah pegangan apabila turut melantik wanita sebagai
calon. Bahkan, Pas sanggup berkerjasama dan mengiktiraf parti yang dipimpin
oleh wanita.
Pas pertama kali mengemukakan wanita atau muslimat sebagai calon pilihan raya adalah pada tahun 1969, iaitu Khadijah Sidek di Parlimen Dungun Selatan, Terengganu. Khadijah adalah bekas ketua wanita UMNO yang dipecat dan Pas mengambil kesempatan untuk menawan hati pengundi ahli UMNO dengan meletaknya sebagai calon Pas.
Khadijah kalah dan selepas itu Pas tidak lagi meletakkan calon muslimat sehinggalah pilihan raya pada tahun 2004. Tindakan Pas dilihat sebagai mengambil hati kaum muslimat yang dilihat sabagai tonggak kekuatan parti itu. Pada PRU-13, Pas meletak tujuh calon wanita di kerusi parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tindakan Pas itu satu pengiktirafan besar terhadap muslimat yang menjadi tonggak utama dalam kerja-kerja parti. Mereka tidak boleh lagi berselindung dengan alasan dilarang oleh agama untuk melantik calon wanita. Malah, Pas kini dilihat lebih ke hadapan dalam meletakkan calon wanita dalam PRU. Pada PRU-13, Pas meletakkan tiga calon wanita di Kelantan, berbanding hanya dua oleh BN.
Pas terpaksa mengetepikan 'fatwa' haram meletakkan calon wanita setelah melihat gelombang kebangkitan dan sumbangan muslimat dalam Pas. Muslimat menjadi nadi penggerak dalam meraih undi.
Tidak dinafikan, aktiviti parti menjadi hambar tanpa kehadiran wanita. Jadi, mana-mana parti yang tidak menghargai wanita akan hilang sokongan golongan yang menjadi separuh daripada jumlah pengundi di negara kita.
Berdasarkan kepada rekod Yang Berhormat wanita sebelum ini, perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat amat baik setanding YB lelaki, kalaupun tidak lebih hebat. Tidak dinafikan, faktor budaya timur dan jantina membataskan mereka untuk lebih menonjolkan berbanding wakil rakyat lelaki.
Satu lagi perkara yang tidak dapat dielak ialah pemimpin wanita dipandang sinis oleh sebilangan ahli politik lelaki. Mereka dikatakan tidak layak untuk jadi pemimpin yang tugasnya amat mencabar. Kata-kata itu sebenarnya lahir daripada mereka yang ingan merebut jawatan yang dipegang oleh wanita dalam parti.
Justeru pemimpin wanita sudah tentunya perlu berusaha lebih keras memberi khidmat terbaik. Mereka perlu membukti kemampuan dalam mengendalikan kes dan kejadian yang melibatkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan sensasi dan kontroversi.

Baca juga;

No comments:
Post a Comment