Tuesday 6 August 2019

KEBAIKAN AMAL MANDI CARA SONGSANG


Kita selalu dengar orang jatuh di bilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh di tempat tempat lain?

Satu kaedah untuk mengelak kejadian tersebut ialah dengan mengamalkan mandi songsang. Mandi songsang bermaksud satu kaedah mandi dengan membasahkan bahagian bawah terlebih dahulu. Ia satu kaedah songsang berbanding amalan biasa membasahkan bahagian kepala dahulu.

Mulakan mandi dengan cara membersihkan tapak kaki, bahagian kaki, betis, paha, perut, dada dan bahu.

Selepas itu, berhenti seketika selama 5-10 saat. Ketika itu kira akan berasa seperti wap atau angin keluar dari ubun-ubun.

Selepas itu baru mula membasuh kepala dan teruskan mandi seperti biasa.

Kaedah mandi songsang itu bagi memberi ruang wap panas dari dalam badan dapat keluar tanpa terperangkap di dalam badan. Semasa membasuh bahagian bawah badan, wap panas akan bergerak ke atas dan keluar melalui pernafasan dan mulut serta bahagian ubun-ubun kepada.

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.

No comments:

Post a Comment