Friday 21 October 2016

Usaha melaga sesama pemimpin Islam

Melaga sesama pemimpin cara dilakukan musuh untuk melemahkan Islam. Kekuatan umat Islam bergantung ketokohan pemimpin Islam di sesebuah negara atau kawasan. Perbalahan di antara pemimpin turut melibatkan pengikut dan memberi kesan buruk kepada negara. Maka, untuk melemahkan umat Islam ialah dengan melaga-lagakan sesama pemimpin Islam.

Kita dapat lihat apa yang berlaku ketika zaman Khalifah Al-Rasydin dahulu apabila umat Islam yang baru hendak berkembang telah berdepan dengan sikap golongan munafik melaga-lagakan sesama pemimpin yang mengakibatkan dua dari empat khalifah mati dibunuh. 

Banyak sahabat yang gugur di tangan orang Islam sendiri akibat berbalah menyokong dua pemimpin berbeza. 

Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara Islam sekarang. Masing-masing pemimpin mengaku melakukan demi Islam dan negara, namun hakikatnya mereka telah termakan oleh gula-gula yang ditaburkan oleh pihak kafir. 

Lihatlah bagaimana kejatuhan Shaddam Hussim yang berpunca daripada tindakan rakyatnya sendiri sehingga memberi peluang pihak berkepentingan mengambil kesempatan. Begitu juga senario yang berlaku di Palestin yang menyebabkan isu keamanan masih tidak selesai.  

Perkara sama berlaku di Mesir, Syria, Turki, Libya, Tunisia dan tidak terkecuali di Malaysia biarpun tidak begitu ketara kesannya. 

Dengan erti kata lain, terlalu banyak cabaran dilalui oleh pemimpin negara Islam apabila serangan pemikiran bertali arus sehingga mereka terpengaruh menjadi sebahagian sepertimana bukan Islam.

Mana-mana pemimpin yang menunjukkan kepimpinan yang baik dan diterima rakyat, maka akan diciptakan oleh musuh Islam isu-isu yang boleh menggugatkan kepercayaan rakyat kepadanya. Selain itu, ditonjolkan pemimpin baru yang kononnya lebih baik daripada pemimpin sedia ada.

Akibat percaturan politik ini, rakyat akan berbalah sesama sendiri. Lebih banyak masa digunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri berbanding digunakan untuk meningkatkan ekonomi dan kekuatan ummah. Apa sahaja yang dilakukan pihak lain dianggap sebagai salah dan perlu ditentang. 

Fenomina itu menjadikan umat Islam berterusan dalam keadaan lemah dan mudah menerima bantuan pihak luar yang ingin menghancurkan umat Islam. Umat Islam menjadi barua kepada kuasa asing yang ingin menjatuhkan sesama umat Islam.
 
Gambar: Biji perah sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment