Sunday 23 September 2018

GULA RACUN PEMBUNUH SENYAP


Manis itu racun. Tentu sekali ramai tidak setuju kenyataan itu. Mana mungkin rasa manis jadi racun. Rasanya tidak lengkap hidup tanpa kemanisan. Apa rasanya air kopi atau teh jika tidak ditambah gula? Sirap yang tawar atau sambal tumis yang hambar.

Setiap hari kita pasti mengambil gula sama ada dalam makanan seperti kuih-muih, lauk-pauk dan teh tarik semasa sarapan atau sirap semasa makan tengahari.

Gula sebenarnya adalah kimia tulen. Dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan telah dikeluarkan.

Gula yang ada di meja makan sekarang bukan lagi dalam bentuk jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa atau fruktosa tulen.

Walaupun kebanyakan gula terhasil daripada pokok tebu atau ubi bit. Semasa proses industri semua vitamin, mineral, protein, enzim dan nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.

Justeru pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tahap kesihatan dengan meningkatkan tekanan darah dan paras kolestrol. 


Gula menjadi punca penyakit kronik seperti risiko kegagalan hati, obesiti, sakit jantung dan diabetes.

Memang sukar untuk kita tidak sama sekali mengambil gula. Apa dicadangkan ialah mengurangkan pengambilan gula sehingga tahap minumun. Tanpa gula anda lebih sihat.

No comments:

Post a Comment