Friday, 20 January 2017

Ilmu mantik cara berfikir buat keputusan

Keistimewaan manusia dari segala makhluk lain adalah manusia kerana ada akal fikiran. Salah satu fungsi akal dalam kehidupan manusia adalah sebagai petunjuk jalan untuk memilih yang bermanfaat dan meninggalkan yang mudarat.

Berbagai kenyataan di lapangan yang ditemukan berkaitan berfikir kritis, analitik dan logik bagi sebuah masyarakat modem yang menjunjung tinggi ilmu pengetahuan sebagai salah satu keperluan dalam kehidupannya.

Islam sebagai agama yang menjunjung tinggi akal fikiran benar-benar menganjurkan umatnya untuk melakukan apapun dengan landasan ilmiah yang memiliki ketepatan data yang baik dan benar. Salah satu cabang berfikir yang diamalkan berasaskan logik yang juga dikenali di dunia Islam dengan istilah mantik.

Pada dasarnya pengertian ilmu mantik telah banyak didefinisikan oleh para ulama dan pakar ilmu mantik dengan pengertian yang pelbagai, miskipun pada hakikat dan tujuannya adalah sama iaitu mengungkapkan makna mantik sebagai suatu kata yang difahami secara jelas untuk sebuah disiplin ilmu.

Ilmu mantik merupakan bahasa Arab dan merupakan terjemahan dari kata logik. Oleh sebab itu ilmu mantik juga biasa disebut sebagai ilmu logik.

Dalam kaitaannya dengan pengertian ilmu mantik, seperti yang tertulis dari buku Prof. Dr. H. Baihaqi A.K, yang berjudul“Ilmu Mantik”: Teknik berfikir logik”,  diungkapkan bahwasannya ilmu mantik adalah merupakan suatu ilmu yang membahas tentang kaedah-kaedah yang dapat membimbing manusia dalam berfikir, supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang benar, sehingga dia terhindar dari kesalahan berfikir, yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru.

Sedangkan mantik secara etimologis atau bahasa berasal dari dua bahasa, iaitu bahasa Arab nataqa yang bererti berkata atau berucap dan bahasa Latin logos yang bererti perkataan atau sabda.

Pengertian mantik menurut istilah ialah:
-  Alat atau dasar yang gunanya untuk menjaga dari kesalahan berfikir.
-  Sebuah ilmu yang membahas tentang alat dan formula berfikir sehingga seseorang yang menggunakannya akan selamat dari berfikir yang salah.

Ilmu mantik sering disebut ibu segala ilmu atau dikatakan ilmu dari segala yang benar kerana ilmu mantik ialah sebagai alat untuk menuju ilmu yang benar atau kerana ilmu yang benar perlu pengarahan mantik.

Ilmu mantik dipercayai bermula sejak abad ke 5 SM oleh para ahli falsafah kuno Yunani. Dalam sejarah, telah tercatat bahawa pencetus pemikiran mantik ialah Socrates yang kemudian diteruskan oleh Plato dan disusun dengan rapi sebagai dasar falsafah oleh Aristoteles.  

Dalam dunia Islam, tokoh ilmu mantik yang terkenal ialah al-Farabi. Pada masa al-Farabi ilmu mantik dipelajari lebih mendalam dan diamalkan.

Tokoh-tokoh ilmu mantik Islam termasuklah Abdullah Ibn Al-Muqaffa, Yakub Ibnu Ishak Al-Kindi, Ibnu Sina, Abu Hamid Al-Ghazali, Ibnu Rusyd Al-Qurtubi, Abu Ali Al-Haitsam, Abu Abdillah Al-Khawarizmi, Al-Tibrisi, Ibnu Bajah, Al-Asmawi, As-Samarqandi dan lain sebagainya.

No comments:

Post a Comment