Bersukan, beriadah, bersenam atau
melakukan aktiviti kecergasan satu keperluan bagi setiap orang tanpa mengira
umur. Namun, rakyat Malaysia didapati malas bersenam atau beriadah biarpun
banyak kempen kesedaran dilakukan mengajak rakyat mengamalkan cara hidup sihat.
Menurut kajian, hanya kira-kira 25
peratus rakyat Malaysia terbabit dalam aktiviti senaman dan riadah secara
berkala. Akibat sikap tidak suka bersenam itu memberi kesan buruk dan masalah
kepada kesihatan.
Rakyat Malaysia yang tidak melakukan aktiviti riadah dan kercergasan fizikal terdedah pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap seperti kencing manis, kegemukan dan darah tinggi.
Rakyat Malaysia yang tidak melakukan aktiviti riadah dan kercergasan fizikal terdedah pelbagai penyakit yang membunuh secara senyap seperti kencing manis, kegemukan dan darah tinggi.
Kadar penyakit yang membabitkan
jantung juga meningkat akibat kurang bersenam. Menurut laporan terbaru, 6.2
juta penduduk dewasa kita mempunyai kolesterol tinggi, 5.8 juta menghidap darah
tinggi dan 2.6 juta menghidap diabetes.
Kaum Melayu dan India amat kurang
beriadah berbanding kaum Cina di negara ini. Pergilah ke mana-mana pusat riadah
terbuka, peratus kaum Cina yang aktif lebih tinggi berbanding kaum lain.
Itulah sebabnya jangka hayat wanita Cina ialah yang tertinggi di Malaysia
- 79.8 tahun, melebihi kadar jangka hayat purata bagi rakyat Malaysia, 77
tahun.
Kadar jangka hayat wanita India ialah 76.2 dan wanita Melayu 75.3. Lelaki kaum Cina hidup lebih lama dengan purata jangka hayat 74.4 tahun diikuti oleh lelaki Melayu (70.5) dan India (68). Indeks Belia Malaysia mendapati sebahagian besar daripada hampir 11.5 juta belia di negara ini tidak berminat bersukan dan bersenam.
Kadar jangka hayat wanita India ialah 76.2 dan wanita Melayu 75.3. Lelaki kaum Cina hidup lebih lama dengan purata jangka hayat 74.4 tahun diikuti oleh lelaki Melayu (70.5) dan India (68). Indeks Belia Malaysia mendapati sebahagian besar daripada hampir 11.5 juta belia di negara ini tidak berminat bersukan dan bersenam.
Kajian tersebut patut diberi
perhatian. Bersukan, bersenam atau beriadah adalah satu keperluan kepada setiap
individu. Aktiviti sukan melahirkan masyarakat lebih sihat, harmoni dan
berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, ia penting dijadikan sebagai
aktiviti masa senggang yang berfaedah.
Aktiviti bersukan bukan sekadar
untuk menyertai pertandingan. Disebabkan beranggapan bersukan hanya untuk
menyertai pertandingan, banyak individu merasakan jika dia tidak hebat atau
mahir dalam sesuatu sukan, dia tidak perlu bermain sukan berkenaan.
Tidak dinafikan aktiviti bersukan
dipertingkatkan dan disasarkan untuk menyertai pertandingan. Adalah menjadi
matlamat negara untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan yang menang pingat
atau anugerah peringkat antarabangsa.
Kerajaan memberi peruntukan yang
besar untuk melahirkan jaguh sukan yang menyumbang pingat kepada negara dalam
temasya besar peringkat dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komenwel dan Sukan
Asia.
Perlu dicatatkan, Malaysia belum
pernah memenangi pingat emas dalam mana-mana acara di Sukan Olimpik. Ini agak
mengecewakan, sedangkan negara jiran kita dalam rantau Asia Tenggara ada yang
sudah beberapa kali menang pingat emas di temasyar terbesar di dunia itu.
Bersukan tidak terhad kepada tujuan
untuk menyertai pertandingan sahaja. Sebaliknya, bersukan sepatutnya dijadikan
aktiviti berkala bertujuan menjaga kesihatan.
Bersukan atau bersenam penting untuk
membantu mengaktifkan otot-otot badan untuk meningkatkan kelancaran pengaliran
darah dan ketahanan badan.
Kelancaran pengaliran darah ke
seluruh badan penting bagi pengangkutan horman dan zat pemakanan.
Pengaliran darah yang tersekat dan
lemah akan mengakibatkan organ-organ badan tidak berfungsi dengan baik yang
menyebabkan penyakit berbahaya berkaitan pengaliran darah.
Aktiviti badan yang aktif
meningkatkan kadar metabolisma badan dan pembakaran lemak. Ini dapat mengatasi
masalah kadar berat badan berlebihan atau obesiti. Keadaan badan mengalami
obesiti mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.
Kepentingan bersukan dan bersenam
menyebabkan kerajaan melancarkan program sukan untuk semua dan gaya hidup sihat
yang mana setiap orang perlu bersukan setiap hari atau sekurang-kurangnya
selama 20 minit setiap kali sebanyak tiga kali seminggu.
Islam adalah agama yang merangkumi semua aspek
kehidupan. Ini termasuk penjagaan
dari sudut kesihatan, di mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan
sebagaimana Islam
menjaga jiwa dan akal. Justeru itu, kita amat dituntut supaya
menjaga kesihatan kerana “sihat” merupakan anugerah berharga dari Allah SWT.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap
tubuh badan kamu”
(Hadis riwayat Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW: “Orang
mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang
lemah” (Hadis
riwayat Muslim)
Islam
juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas
keyakinan (keimanan). Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Mintalah
kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara
yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman)” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Kita
juga diajarkan oleh Islam untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan
sebelum ditimpa sebarang penyakit seperti pepatah Inggeris “Prevention
is better than cure” atau “Mencegah itu lebih baik
daripada berubat”.
Tetapi,
perlu juga diingatkan, di samping kita menjaga anugerah kesihatan yang
diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan. Rasulullah s.a.w
telah mewasiatkan kepada pesakit-pesakit supaya mereka berubat.
Sabda
Baginda SAW: “Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya
ubat” (Hadis
riwayat Bukhari)
Di
antara perkara yang menunjukkan Islam
menggalakkan penganutnya menjaga kesihatan adalah Rasulullah SAW
telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, tumbuhan herba, berbekam, jampi syari (amalan doa, ayat Al-Quran dan Hadis), dan lain-lain
lagi yang tidak bercanggah dengan Islam.
Perubatan
perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah
yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah
kepadaku”.
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).
No comments:
Post a Comment