Orang kuat berangan dipanggil Mat Jenin melambangkan sekadar
kuat berangan-angan yang tidak dapat ditunaikan. Peribahasa 'angan-angan Mat
Jenin' diambil dari kisah penglipurlara bertajuk Mat Jenin.
Sebenarnya ada pengajaran atau nilai baik
berkaitan kisah Mat Jenin jika dilihat dari sudut positif.
Mat Jenin digambarkan sebagai pemuda yang rajin. Dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan mendatangkan rezeki. Kerja yang sering dilakukan oleh Mat Jenin ialah sebagai pemanjat pokok kelapa untuk menyara hidupnya sebatang kara.

Sebenarnya, jika dihalusi cerita Mat Jenin, ada unsur yang
sepatutnya dijadikan contoh. Untuk melihat kebaikan atau contoh baik
sikap Mat Jenin, di sini diperturunkan sebahagian cerita ‘Angan-angan Mat
Jenin’ yang biasa diceritakan.
Dikisahkan, sambil memanjat pokok kelapa, Mat Jenin
berangan-angan apa akan dibuat dengan upah yang diterima, “.... duitnya aku
akan gunakan untuk membeli telur ayam.
Telur ayam itu akan diramkan untuk mendapatkan anaknya. Anak ayam-ayam itu akan membesar dan membiak. Lepas itu aku akan menjualnya untuk membeli kambing pula...’
Telur ayam itu akan diramkan untuk mendapatkan anaknya. Anak ayam-ayam itu akan membesar dan membiak. Lepas itu aku akan menjualnya untuk membeli kambing pula...’
Begitulah angan-angan Mat Jenin ketika sedang memanjat
pokok kelapa sehinggalah dia menjadi kaya dan berkahwin dengan anak
raja. Tetapi dia mati terjatuh dari atas pokok kelapa kerana
terlepas pegang pelepah kelapa disebabkan tidak tahan geli digeletek isterinya.
Permulaan cerita cukup bermakna menunjukkan sikap seorang
anak muda yang mempunyai rancangan teliti untuk menjadi kaya. Dia tidak hanya
berangan-angan duduk di bawah pokok, sebaliknya dia memanjat pokok kelapa untuk
mencapai impiannya.
Mat Jenin sepatutnya dianggap ahli fikir dan perancang yang
patut dicontohi. Dia tidak mimpikan kekayaan dengan
mudah. Sebaliknya dia berusaha dari peringkat rendah dan setiap
peringkat perancangannya boleh diterima akal.
Upah memanjat pokok kelapa sememangnya kecil, tetapi cukup
untuk membeli beberapa biji telur ayam untuk diramkan. Itu satu akal
dan perkiraan bijak.
Jika Mat Jenin tidak bijak, tentu angan-angannya tersasul kepada perkara tidak lojik, seperti berkahwin dengan anak raja dengan hasil upah memanjat pokok kelapa itu.
Jika Mat Jenin tidak bijak, tentu angan-angannya tersasul kepada perkara tidak lojik, seperti berkahwin dengan anak raja dengan hasil upah memanjat pokok kelapa itu.
Mat Jenin membuat perancangan baik. Memikir secara lojik
apa yang perlu dilakukan. Dia tidak terburu-buru dan mengharapkan
sesuatu tanpa berusaha. Dia berkerja sambil merancang untuk
mendapat lebih baik lagi.
No comments:
Post a Comment