Pekerja
bujang bergaji RM3000 sebulan masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan
bulanan. Fakta itu tentu dilihat antara lain berpunca masalah kenaikan kos sara
hidup. Betulkah kerana kenaikan kos sara hidup atau gaya hidup yang tidak
menepati kemampuan?
Tidak
dinafikan kos sara hidup meningkat, terutama dialami warga metropolitan. Semua
keperluan hidup perlu dibeli. Tidak ada percuma sehingga nak masuk tandas pun
kena bayar. Tempat letak kereta kena bayar, tol memang seakan-akan tidak dapat
dielak. Lalulah jalan manapun, sudahnya kena masuk tol juga.
Persoalannya,
kenapa ketua keluarga yang mempunyai tiga atau lebih tanggungan mampu menyara
hidup di kota yang sama? Mereka perlu menyuap mulut lebih dari seorang,
menyediakan pakaian dan keperluan lain bukan hanya untuk dirinya sahaja. Syukur
dia masih dapat menjalankan tanggungjawab itu.
Itulah
dikatakan kos berdasarkan kepada gaya hidup. Orang bujang tidak cukup dengan
pendapatan RM3000 sebulan kerana berbelanja mengikut gaya hidup yang diingini.
Sedangkan bapa yang berpendapatan sama berbelaja ikut apa yang mampu.
Orang
bujang yang selesa minum di Starbucks bersama kawan sebaya, makan di Tony
Romas, guna telefon pintar mahal, beli pelbagai gajet dan beli-belah di
Pavilion tentu tidak cukup wang jika sekadar bergaji RM3000 sebulan.
Gaji
sebulan belum cukup jika ingin membeli telefon bimbit terkini di pasaran yang
mencecah lebih RM5000 seunit. Sedangkan jika mereka sekadar ingin memiliki
telefon bimbit yang boleh untuk melayari media sosial dan mengambil gambar
selain fungsi utama membuat dan menjawab penggilan, gaji RM3000 itu cukup untuk
membeli lapan atau 10 telefon bimbit.
Begitu
juga dengan kenderaan, jika tidak mampu membeli kereta mewah, cukuplah dengan
kereta kecil keluaran tempatan. Keluarga sendiri belum ada. Jadi tidak perlu
kereta besar. Kalau sekadar memiliki motosikal lagi jimat kerana harganya
murah, tidak perlu bayar tol, kos penyelenggaran murah dan kebanyakan tempat
tidak perlu bayar tempat letak motor.
Kalau
kita tidak mampu, jangan hendak berlagak. Berbelanja sekadar apa yang mampu. RM3000
sebulan sudah mencukupi jika berbelanja secara berhemah. Jika berbelanja sesuka
hati, RM10,000 sebulan pun tidak cukup.
Sikap
berbelanja tidak mengikut kemampuan memang membawa padah. Banyak yang
terperangkap dengan hutang sehingga dibawa ke mahkamah dan diiystiharkan
muflis.
Belajarlah
menerima realiti kehidupan. Jangan salahkan pihak lain atas apa yang terjadi. Jika
ingin mempunyai wang lebih dan menikmati kehidupan selesa, berusaha lebih
gigih. Cari peluang menambah pendapatan mengikut kemampuan masing-masing.
No comments:
Post a Comment