Umat Islam perlu mengelak daripada minuman
atau makanan yang beralkohol. Para ulama mengambil ketetapan mengatakan arak
yang diharamkan tidak kira bagaimana ia dibuat atau dihasilkan.
Ini bertepatan dengan hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap yang memabukkan itu adalah haram.”
(Hadis riwayat Muslim)
Unsur beralkohol biasa digunakan
sebagai bumbu (rempah ratus) masakan. Jenis bahan ini banyak digunakan dalam
campuran masakan Barat daripada masakan oriental seperti Cina, Jepun dan Korea.
Penggunaan minuman beralkohol dalam
kuih bertujuan memberikan rasa dan aroma tertentu. Penggunaan minuman
beralkohol sebagai campuran makanan dan minuman cukup luas dalam pelbagai
bentuk yang sering tidak disedari oleh pengguna.
Menurut peraturan syarak, semua
bahan yang memabukkan adalah haram biarpun dalam jumlah yang sedikit. Hukum itu
memberi satu gambaran bahawa apa saja mendatangkan keburukan mesti
dijauhi. Arak bukan saja memabukkan,
malah boleh menyebabkan kematian.
Minuman beralkohol diproses dengan
cara pemeraman dari bahan yang mengandungi pati atau gula yang tinggi. Bahan itu
hukumnya asalnya boleh dimakan, tetapi setelah melalui pemeraman pada tahap
tertentu, maka ia bertukar menjadi haram.
Antara bahan yang diperam untuk
menghasilkan minuman beralkohol ialah bijian seperti jagung, beras, gandum, dan
barli, ubi seperti kentang dan ubi kayu, buah-buahan seperti anggur, epal juga
tanaman seperti kelapa, nipah, gula tebu daripada gula bit serta molases.
Jenis minuman beralkohol ialah wain
dan brandi yang dibuat dari buah anggur. Dari jus epal dapat dibuat minuman
cider. Penggunaan istilah cider berbeza-beza mengikut negara. Jadi, kita perlu
berhati-hati sama ada ia termasuk dalam istilah beralkohol atau tidak.
Di Amerika dan Kanada, cider atau
sweet cider adalah istilah untuk jus epal yang tidak difermentasikan yang tidak
termasuk dikategorikan arak. Sedangkan jus epal yang difermetasikan disebut
hard cider.
Di United Kingdom istilah cider
selalu digunakan untuk minuman beralkohol. Tetapi di Australia, istilah cider
digunakan untuk produk beralkohol. Hasil cider yang melalui proses seterusnya
bertukar menjadi cuka dan halal dimakan.
Arak (bir) secara umum dibuat
daripada barli. Tetapi dapat juga dibuat daripada campuran pelbagai jenis
biji-bijian. Minuman beralkohol yang dibuat daripada campuran beberapa jenis
bijian dikenali dengan nama wiski. Jenis wiski seperti scoth, rye dan bourbon
digunakan dengan tambahan bijian adalah barli dan kadang-kala oat.
Proses pemeraman (mengikut kaedah
tertentu) akan menghasilkan produk berbeza-beza. Nira (kelapa, nipah dan
sebagainya) yang dbiarkan beberapa lama akan bertukar masam (tuak) yang boleh
memabukkan. Pada peringkat itu ia haram diminum. Bagaimana, setelah melalui
pemeraman seterusnya, ia akan bertukar menjadi cuka pula yang halal dimakam
atau digunakan.
Lamanya proses fermantasi
(pemeraman) bergantung kepada bahan dan jenis produk dihasilkan. Proses
pemeraman singkat berlaku sekitar satu dua minggu dapat menghasilkan produk
dengan kandungan etanol 3-8 peratus, contohnya seperti arak.
Bagi pembuatan wain mengalami proses
pemeraman lebih panjang hingga mencapai waktu berbulan-bulan atau juga
bertahun-tahun lamanya dengan kandungan etanol sekitar 7-18 peratus.
Kandungan etanol yang dihasilkan
dalam pemeraman minuman beralkohol biasanya berkisar sekitar 18 peratus kerana
pada umumnya khamar tidak dapat hidup pada lingkungan dengan kandungan etanol
di atas 18 peratus.
Dengan mengenali jenis minuman
beralkohol seperti di atas itu, diharapkan pengguna Muslim menghindari atau
mengelakkan diri daripada menggunanya kerana ia jelas ditegah syarak.
Baca juga:

No comments:
Post a Comment