Perpaduan kaum subur di Kelantan. Berlainan agama dan bangsa
tidak memisahkan mereka dalam kehidupan seharian. Perasaan kasih sayang dan
saling menghormati menjadi teras kepada hubungan dalam masyarakat.
Gambar di atas adalah majlis sembahyang hajat sempena siapnya
pembinaan dewan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Tze, Tumpat.
Bangunan tambahan ini dibina dengan bantuan kerajaan Pusat
pada zaman pemerintahan BN dan sumbangan orang ramai.
Bermula dari permulaan perletakan batu asas sehingga bangunan
ini siap, semua kaum bersatu untuk menyiapkannya. Derma dan sumbangan dibuat
oleh semua kaum.
Untuk melancarkan proses pembinaan, semua agama melakukan
kaedah masing-masing untuk memohon kepada Yang Maha Esa agar ia berjalan lancar
dan selamat dari sebarang bala.
Ketika penganut sesuatu agama melakukan amalan mereka,
penganut agama lain turut hadir. Mereka saling menghormati dan tidak
sekali-kali timbul perasaan prejudis terhadap amalan agama lain.
Semoga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Tze dapat melahirkan
pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah diri
sebagai warganegara yang menghormati Rukun Negara.
No comments:
Post a Comment