Apa maksud cina buta? Siapa jadi atau
dianggap cina buta? Cina buta adalah lelaki yang berkahwin dengan janda atau
isteri yang diceraikan suami dengan talak tiga.
Perkahwinan itu hanya untuk tempoh
singkat atau ditetapkan masa. Juga dipanggil nikah kontrak atau nikah muhallil.
Mengapa perlu ada cina buta atau dibuat
perkahwinan cara cina buta?
Mengikut hukum syarak, suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali atau berkahwin semua dengan bekas isterinya.
Bagaimanpun,
tegahan itu terbatal jika setelah bekas isterinya berkahwin dengan lelaki
lain dan kemudian mereka bercerai atau suami meninggal. Satu lagi syarat ialah
bekas isteri sudah disetubuhi oleh suami baharunya dan telah tamat edah
perceraian dengan suami baru.
Untuk melunaskan kehendak hukum agama itu,
maka wujudlah apa yang dinamakan cina buta atau di Indonesia dikenali sebagai
“Chindor Buta”.
Cina buta diupah untuk menjadi suami sementara dan melakukan
syarat ditetapkan oleh syarak itu bersetubuh dengan isteri dan kemudianya
menceraikan bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami.
Memandangkan bukan mudah untuk mencari lelaki
yang sanggup menjadi cina buta, tambah lagi dalam keadaan terdesak, maka ada
individu yang menjadikan cina buta sebagai satu kerjaya.
Mereka menjadi pak sanggup atau cina
buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang
bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.
Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah
lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak
kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara
mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.
Bagi memudahkan pelanggan terdesak
menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta
maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.
Terdapat khilaf atau perbezaan pendapat di
kalangan ulama berkaitan dengan cina buta. Mereka membahaskan sama ada nikah
cina buta itu sah atau sebaliknya. Jika tidak sah, maka implikasinya ialah
persetubuhan pasangan bercina buta itu adalah haram.
Begitu juga perkahwinan dengan bekas suami
juga tidak sah kerana tidak menepati peraturan atau syarat bahawa bekas isteri
itu perlu kahwin dan bersetubuh dengan suami barunya.
Cara terbaik untuk mengelak perkara ini ialah para suami perlu berhati-hati dalam melafazkan talak. Perkara itu bukan boleh dibuat main.
Cara terbaik untuk mengelak perkara ini ialah para suami perlu berhati-hati dalam melafazkan talak. Perkara itu bukan boleh dibuat main.
No comments:
Post a Comment