Satu tabiat buruk masyarakat kita hari
ini ialah sombong pada makanan. Kita tidak hargai makanan. Kita anggap makanan boleh
diperlakukan apa sahaja. Sebenarnya apa yang kita lakukan itu tanda tidak menghargai
dan bersyukur dengan rezeki.
Kita lihatlah bagaimana gaya makan di
kedai, sengaja atau tidak, selalunya meninggalkan sisa makanan yang masih elok
dan banyak untuk dibuang. Apa salahnya makan makanan itu sampai habis.
Cuba lihat kalau makan di kenduri
kahwin, majlis berbuka puasa di masjid dan makan buffet di hotel.
Sudah menjadi tabiat kita yang tamak,
ambil dalam kuantiti yang banyak, tak
peduli orang belakang yang belum makan namun tak habis makan pun. Sungguh
menyedihkan. Tidakkah kita fikir, apa yang orang lain fikir tentang kita?
Tidakkah kita malu pada makanan,
rezeki yang Allah sediakan depan mata kita?
Adakah disebabkan makanan itu percuma,
kita biarkan anak-anak kecil kita makan sendiri dan tak mampu habiskan sedang
kita hanya melihat tanpa rasa berdosa?
Makan roti buang kulit, makan cuma
secubit dua dan tinggal untuk dibuang. Ambil kuih yang banyak, namun makan
hanya secubit dua.
Betapa sombong nya kita! Pada rezeki
kita sendiri. Cuba tengok semula bagaimana corak anda sekeluarga makan?
Jangan kita remahkan soal makan ini. Allah
murka kepada mereka yang membazir kerana itu sikap syaitan. Sesiapa yang tidak mensyukuri
nikmat atau rezeki yang Allah kurniakan, maka pada masa akan datang, Allah akan
menariknya kembali.
No comments:
Post a Comment