LONDON
27 Mei 2019 - Seorang lelaki bersama pasangannya yang menyaksikan kemalangan
jalan raya yang mengorbankan Puteri Diana menjelaskan kematian puteri
kesayangan ramai itu bukannya ‘satu kemalangan’.
Daily
Mail melaporkan, Robin dan Jack Firestone mendakwa mereka masih hidup dalam
ketakutan selepas melaporkan kehadiran dua kereta misteri di tempat kejadian.
Puteri
Diana, 35, dan kekasihnya, Dodi Fayed, 42, serta pemandu mereka, Henri Paul,
41, meninggal dunia dalam nahas di Terowong Pont de’ l’Alma, Paris pada 31 Ogos
1997.
Firestone
memberitahu Express, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke hotel
ketika memandu ke terowong itu, hanya beberapa minit selepas kemalangan.
Jelasnya,
dia dan Robin melihat dua kereta ‘formal’ dan diletakkan secara pelik di depan
Mercedes S280.
Tetapi
pada keesokan harinya, mereka menyedari bahawa individu yang berada di dalam
Mercedes itu adalah Puteri Diana.
Mereka
kemudiannya bertemu dengan seorang pegawai polis Perancis untuk melaporkan
mengenai kereta misteri yang berada di lokasi kejadian itu.
Robin
berkata: “Kami beritahunya kami berada di dalam terowong itu. Tanpa
teragak-agak dia (pegawai polis) berkata pihaknya sudah mempunyai cukup saksi.
Kami terkejut (dengan jawapan itu) kerana mereka tidak mahu bercakap dengan
saksi.”
Mereka
mendakwa telah dihentikan daripada memberikan keterangan oleh pihak berkuasa
Perancis dan Britain kerana begitu kontroversi.
Mereka juga tidak
dipanggil untuk inkues pertama yang diadakan di London pada Januari 2007.
Robin
berkata, dia dan Firestone masih hidup dalam ketakutan kerana apa yang mereka
lihat atau saksikan.
“Saya
tidak fikir kematian Puteri Diana adalah kemalangan. Saya berharap satu hari
nanti, Putera William dan Putera Harry mahu bertanggungjawab untuk mengetahui
apa yang sebenarnya berlaku kepada ibunya,” katanya.
No comments:
Post a Comment