Monday 22 July 2019

HARIMAU JADI MANGSA SIKAP RAKUS MANUSIA

Harimau melambangkan keberanian dan kegagahan. Sebab itu, lambang harimau dijadikan jata negara. Diharapkan rakyat dapat mempamerkan keberanian dan kegagahan seperti harimau.

Harimau juga lebih dikenali dengan Pak Belang kerana belang-belang yang ada di badannya.

Namun, harimau 'kalah' kepada sikap rakus manusia yang memusnahkan habitat asal harimau dan diburu untuk mendapatkan bulu, taring dan beberapa bahagian badan harimau yang didakwa mampu memberi kelebihan kepada kesihatan mereka memakannya.

Jadi, harimau saban hari makin diancam kepupusan. Ada antara spesis harimau tersebut telah pupus dan tidak lagi wujud di atas muka bumi ini.

Terdapat sembilan subspesies harimau belang yang pernah wujud di atas muka bumi ini. Enam subspesies daripadanya masih wujud dan diancam kepupusan manakala tiga daripadanya telah pupus secara rasmi dari muka bumi ini. 

Senarai spesis yang masih wujud:
- Harimau Siberia
- Harima Cina Selatan
- Harimau Indochina
- Harimau Benggala
- Harimau Sumatra
- Harimau Malaya

Senarai Spesis yang sudah pupus:
- Harimau Bali
- Harimau Jawa
- Harimau Kaspia @ Harimau Parsi

No comments:

Post a Comment