Thursday 11 July 2019

BUAH DURIAN KENA KOPEK

Setiap tempat ada dialek tersendiri. Dalam dialek itu akan ada perkataan yang jauh berbeza dengan maksud dalam bahasa Malaysia standard.

Di Kelantan contohnya perkataan 'kopek' membawa masa 'buah dada wanita' atau 'payudara'. Sedangkan dalam bahasa Malaysia standard perkataan 'kopek' bermaksud membuang kulit buah atau mengupas.

Jadi, jika berada di Kelantan, elakkan menyebut perkataan kopek. Anda akan dianggap bercakap lucah atau 'nyampung'.

Untuk maksud kopek buah, istilah yang digunakan di Kelantan ialah koyak buah atau belah buah. Untuk mengopek buah durian pula biasanya digunakan istilah cekah buah durian.

Anda boleh guna perkataan kopek dan tidak dirujuk sebagai perkataan lucah jika disebut isi durian kopek iaitu merujuk kepada isi durian yang hanya satu isi sahaja dalam satu pangsa dan bijinya kecil.

Jadi, berhati-hati apabila berbicara...

No comments:

Post a Comment