Thursday, 8 August 2019

BUNGA KANTAN MEKAR

Kebanyakan daripada kita pernah melihat dan makan bunga kantan. Bunga kantan banyak digunakan dalam masakan seperti kuah laksa pinang dan ulam.

Bunga kantan yang digunakan untuk masakan dan ulam adalah yang muda. Bunga kantan itu belum kembang dan masih lembut.

Namun, tidak ramai yang pernah melihat atau mengenali bunga kantan yang telah kembang. Kerana bentuknya yang amat berbeza berbanding yang masih muda, ramai tidak menyangka itu adalah bunga kantan.

Bunga kantan yang telah kambang berwarna merah dan putih. Lepas itu bunga itu membentuk buah. Buah kantan yang matang boleh digunakan sebagai benih.  

No comments:

Post a Comment