Thursday, 8 August 2019

PEMINAT BARANG BUNDLE PERLOVED


Barang bundle adalah merujuk kepada barang atau produk yang dimport secara 'diikat' biasanya dalam guni dari luar negara. Barang bundle adalah barang terpakai.

Pada peringkat awal, barang bundle lebih merujuk kepada pakaian dan kasut. Wujud banyak kedai bundle di seluruh negara.

Namun sejak kebelakangan ini, barang bundle tidak lagi sekadar pakaian dan kasut. Bundle kini mengandungi pelbagai jenis barang, termasuk mainan kanak-kanak.

Perniagaan bundle tidak lagi dianggap barang terpakai yang tiada nilai. Ramai yang memburu barangan bundle yang kini turut dikenali barang perloved yang bermaksud barang yang pada satu ketika dahulu amat berharga dan kini masih ada menghargainya.

Walaupun kualitinya mungkin tidak sebaik baharu, namun bagi yang sukakan kelainan dengan harga berpatutan, barang bundle boleh menjadi “berharga” kepada sesetengah orang.

Populariti barangan bundle atau preloved berjenama semakin mendapat perhatian kebanyakan pengguna.

Dan jika anda bernasib baik penggemar mungkin terjumpa “item rare” atau edisi terhad dengan harga yang menarik.

Kelebihan ini buat mereka yang rajin membuat semakan atau berkunjung ke tempat menjual barang bundle.

Dengan kata lain, barang bundle kini semakin mendapat tempat di hati peminatnya.

Disebabkan ada permintaan yang tinggi terhadap barang bundle, ada peniaga yang menjadikan perniagaan bundle sebagai kerjaya.

Yang berminat mencari barang lama dan bundle, boleh lawat halaman 'caribaranglama' di Facebook. 

No comments:

Post a Comment