Edible
Landskap taman hiasan sayuran di laman rumah. Pelbagai cara boleh dilakukan
untuk menghias kawasan rumah dan memanfaatkan setiap ruang yang ada. Kebanyakan
orang menyangka, kawasan rumah menjadi cantik hanya jika ditanam dengan pokok
bunga pelbagai jenis.
Pendapat itu memang tidak dinafikan. Namun, masih ada cara lain lebih
sesuai dan menguntungkan cara untuk menghiasi laman rumah, selain mengekalkan
pokok hiasan.
Cara yang dicadangkan ialah menggunakan konsep Edible Landskap atau
Edible Garden dengan menghiaskan persekitaran kediaman dengan tanaman
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Amalan ini telah dilakukan di kebanyakan negara maju. Maka, perkara sama perlu dijadikan amalan di negara kita. Ia bukan saja mencantikkan, bahkan menguntungkan.
Amalan ini telah dilakukan di kebanyakan negara maju. Maka, perkara sama perlu dijadikan amalan di negara kita. Ia bukan saja mencantikkan, bahkan menguntungkan.
Edible boleh diterjemahkan sebagai ’Sayuran’. Maka Edible Landskap boleh
diterjemahkan sebagai Landskap Sayuran. Taman Sayuran pula terjemahan bagi
Edible Garden.
Seperti pokok
hiasan lain, tanaman sayuran juga boleh dijadikan sebahagian elemen penanaman
dalam hiasan laman rumah. Ia bukan saja berfungsi untuk kecantikan malah kita
berpeluang mendapat hasilnya.
Berbudi kepada tanah pasti tidak mengecewakan. Ruang kosong di kawasan rumah perlu dimanfaatkan.
Hasilnya boleh digunakan untuk keperluan harian keluarga. Ini tentu menjimatkan perbelanjaan dapur. Selain jimat, ia juga menyediakan sayuran segar dan selamat. Kita boleh menggunakan baja organik yang lebih selamat dan menyihatkan.
Berbudi kepada tanah pasti tidak mengecewakan. Ruang kosong di kawasan rumah perlu dimanfaatkan.
Hasilnya boleh digunakan untuk keperluan harian keluarga. Ini tentu menjimatkan perbelanjaan dapur. Selain jimat, ia juga menyediakan sayuran segar dan selamat. Kita boleh menggunakan baja organik yang lebih selamat dan menyihatkan.
Selebihnya boleh
pula disedekahkan kepada jiran tetangga, saudara mara, rakan sekerja. Sedekah
satu amalan mulia yang amat dituntut dalam Islam. Jika hasil tanaman dimakan
oleh burung, ulat dan haiwan juga dikira sebagai sedekah.
Jika jumlahnya
banyak, elok juga hasil titik peuh itu dijual untuk menampung sebahagian kos
yang berkaitan seperti kos biji benih dan baja. Malah, sesuai juga ia dijadikan
sebagai satu cara untuk menambah pendapatan.
Ia tentu memberi
kepuasan. Kalau selama ini kita membeli sayur di pasar, tetapi kini kita boleh
menikmati hasil usaha kita sendiri. Hasil yang segar dan bebas
pencemaran.
Penghasilannya tidak terhad pada kawasan rumah yang mempunyai laman yang luas, apartment atau rumah flat pun boleh. Sama ada kita ada halaman kecil macam balkoni sekalipun, kita masih boleh menghasilkan taman sayuran ini.
Cuma perlu memilih
sayuran atau buah-buahan yang bersesuaian dengan ruang persekitaran, serta
menggunakan medium tanaman yang bersesuaian. Sayuran yang sesuai ditanam ialah
sawi, tomato, bayam, kangkung, salad, kobis, terung, cili api, bandi dan
sebagainya.
Anda boleh
membantu kerajaan mengurangkan kadar import bekalan makanan dari luar negara
yang kini berjumlah puluhan bilion ringgit setahun. Banyak wang negara mengalir
keluar negara yang memberi kesan tidak baik kepada ekonomi.
Untuk mendapatkan
benih, boleh dibeli di pasar tani, kedai pertanian, supermarket dan agensi yang
berkaitan dengan pertanian.
Selain menggunakan
pasu atau bekas khas, kita boleh menggunakan bahan terbuang seperti botol
minuman, tin biskut, bekas minyak masak dan sebagainya. Apa yang perlu
dilakukan ialah kreativiti. Keadaan menjadi lebih menarik dan sesuatu yang
boleh dibanggakan.
Menggunakan bahan
terbuang dapat membantu mengurangkan pencemaran alam. Bahan kitar semula murah
dan mudah diperoleh.
Soal untuk
menguruskan tanaman ini tidak mengambil masa panjang, bergantung kepada berapa
banyak yang kita tanam. Yang penting ia mudah untuk dijaga dan masanya
fleksible. Sebabnya, ia ditanam di kawasan rumah.
Pada waktu malam
pun boleh dilakukan perkara yang berkaitan dengannya. Apa yang penting kita
memanfaatkan setiap ruang masa yang ada.
Melakukan aktiviti
menanam sayur boleh dijadi satu riadah. Ia tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Cukuplah untuk mengaktifkan badan secara santai dan memberi kepuasan. Ia dapat
mengurangkan tekanan perasaan dan hambatan hidup yang memenatkan.
Mula dan lakukan
sekarang. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
No comments:
Post a Comment