Lelaki dilarang atau haram pakai perhiasan emas dan pakaian
daripada sutera. Larangan dipakai emas sebagai perhiasan termasuk bahan
dibuat menggunakan campuran emas atau pancalogam seperti suasa yang terbentuk
hasil campuran emas dan tembaga. Ini kerana pencampuran itu tidak menghilangkan
struktur asal emas yang boleh diasingkan kembali untuk membentuk emas asal.
Al-Bara meriwayatkan, katanya yang bermaksud:
“Rasulullah SAW menyuruh kami tujuh perkara dan melarang kami daripada tujuh
perkara. Baginda menyuruh kami mengikuti jenazah, melawat orang sakit,
menghadiri jemputan, menolong orang yang teraniaya, membenarkan sumpah,
menjawab salam, menjawab dan berdoa kepada orang yang bersin. Dan
Rasulullah SAW melarang tujuh perkara; baginda melarang kami dari (makan/minum)
dalam bekas perak, cicin emas, sutera, dibaj (sutera bergambar), qissi (sutera
campur kapas) dan sutera tebal.” (Riwayat Bukhari).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Emas dan sutra dihalalkan bagi
umatku yang wanita, namun haram bagi lelakinya”(Hadis riwayat Ahmad dan Nasai)
Rasulullah SAW pernah
bertemu seorang lelaki yang memakai cincin emas di tangannya. Beliau mencabut
cincin tersebut lalu melemparnya, kemudian bersabda: “Seseorang dari kalian
telah sengaja mengambil bara api neraka dengan meletakkan di tangannya” (Hadis
riwayat Muslim)
Lelaki boleh memilih bahan lain untuk
dijadikan perhiasan. Contohnya bahan yang popular dijadikan perhiasan
lelaki untuk dijadikan cincin ialah perak. Diriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW sendiri memakai cincin perak.
Namun ditegah lelaki memakai perhiasan menyerupai perempuan
biarpun bukan dari jenis emas. Umumnya perhiasan bagi lelaki hanyalah
cincin. Perhiasaan lain seperti subang, rantai leher, gelang tangan dan
rantai kaki adalah dikhususkan sebagai perhiasan wanita.
Atas maksud untuk mengelak menyerupai wanita,
maka lelaki ditegah memakai perhiasan-perhiasan itu. Namun, sekarang ini
terdapat logam tertentu yang dijadikan sebagai satu cara perubatan altenatif
yang mana dibentuk sebagai gelang tangan atau rantai leher, maka untuk tujuan
perubatan dan bukan untuk sebagai perhiasan, pemakaiannya adalah dibolehkan.
Mengenai logam lain seperti besi, tembaga dan
seumpamanya, tidak ada nas yang mengharamkan pemakaiannya sama ada untuk lelaki
maupun perempuan. Pun begitu, 'peraturan' bahawa perempuan tidak boleh
menyerupai lelaki dan lelaki tidak boleh menyerupai perempuan perlu dipatuhi
dalam syarat berhias.
Namun begitu, emas digunakan oleh lelaki
untuk membuat gigi emas jika atas alasan tidak ada pengganti lain yang sesuai
untuk menggantikan gigi yang telah rosak. Ia dikira bukan alasan untuk berhias.
Sebuah hadis bermaksud: “(Arjafah
bin As’ad) hidungnya terpotong di
hari peperangan Al-Kullab, maka dia membuat hidung dari daun namun daun itu
berbau dan mengganggu dirinya, maka
Nabi memerintahkannya untuk mengganti dengan yang terbuat dari emas.” (Hadis riwayat Abu Daud. Al-Albani mengatakan
hadisnya hasan)
Imam An-Nawawi berkata: “Adapun
perkataan penulis, ‘jika terpaksa menggunakan
emas maka boleh digunakan’, maka (pendapat ini)
disepakati (oleh ulama). Para ulama mazhab kami (Syafi’iyyah) berkata, diperbolehkan baginya hidung dan
gigi dari emas dan perak. Demikian juga mengikat
(menambal) gigi yang sakit dengan emas dan perak, hukumnya boleh” (Majmu’ syarah
Al-Muhazzab 1/312.)
Syaikh Abdullah bin Jibrin rahimahullah ditanya, Apa hukum memakai gigi emas
atau memakai sesuatu dari emas di hidung? Apakah harus dihilangkan ketika
meninggal?
Beliau menjawab: "Terdapat hadis Arjafah bahwasanya ia terpotong hidungnya
ketika berjihad maka ia memakai hidung buatan dari perak kemudian membusuk maka
Rasulullah memberikan rukhsah (keringanan) agar memakai hidung
buatan dari emas.
Maknanya adalah ia membuat dari emas untuk menutupi bahagian hidung yang terpotong agar tidak mencacat penampilannya. Demikian juga boleh membuat gigi buatan dari emas.
Terdapat riwayat dari sahabat bahwa mereka mengikat gigi mereka dengan pita dari emas. Hal tersebut ketika ada keperluan. Jika tidak layak baginya gigi dari daun atau tulang atau sejenisnya.
Maknanya adalah ia membuat dari emas untuk menutupi bahagian hidung yang terpotong agar tidak mencacat penampilannya. Demikian juga boleh membuat gigi buatan dari emas.
Terdapat riwayat dari sahabat bahwa mereka mengikat gigi mereka dengan pita dari emas. Hal tersebut ketika ada keperluan. Jika tidak layak baginya gigi dari daun atau tulang atau sejenisnya.
Adapun ketika meninggal maka boleh mengambilnya
dari mulut atau hidung si mati jika tidak merosakkan jenazah. Jika dibimbangi
akan merosakkan jasad, contohnya menyebabkan mulut menjadi terbuka terus
menerus dan sejenisnya maka boleh meninggalkan emas di jasad si mati.
Wanita dibolehkan berhias dengan gigi emas
asalkan bukan termasuk dalam bentuk pembaziran.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utasimin berkata: “Gigi dari emas tidak boleh dipakai oleh lelaki kecuali darurat, kerana laki-laki haram baginya memakai emas dan berhias dengannya. Adapun wanita maka jika telah terbiasa adat bagi wanita berhias dengan gigi dari emas maka tidak mengapa. Boleh bagi mereka memakai gigi dari emas jika telah terbiasa adat berhias dengan emas dan bukan termasuk membuang-buang harta."
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utasimin berkata: “Gigi dari emas tidak boleh dipakai oleh lelaki kecuali darurat, kerana laki-laki haram baginya memakai emas dan berhias dengannya. Adapun wanita maka jika telah terbiasa adat bagi wanita berhias dengan gigi dari emas maka tidak mengapa. Boleh bagi mereka memakai gigi dari emas jika telah terbiasa adat berhias dengan emas dan bukan termasuk membuang-buang harta."
No comments:
Post a Comment