Tanpa komunikasi manusia akan hidup
'keseorangan' umpama tinggal seorang diri di sebuah pulau. Mereka tidak dapat
memanfaatkan sumber atau kebaikan yang dimiliki pihak lain. Begitu juga, mereka
tidak dapat berkongsi apa-apa yang dimiliki untuk kebaikan orang lain.
S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya
'Communication in Business' (1983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran
idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan
dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat
yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.
Berdasarkan definisi itu dapat kita
fahami bahawa komunikasi melibatkan pertukaran idea, pendapat atau maklumat.
Pertukaran bermaksud ada pihak memberi dan satu pihak lagi menerimanya. Dalam
proses memberi dan menerima ini faktor penting ialah memahami apa yang
diperlukan.
Faktor memahami ini penting kerana
salah faham atau kesilapan menghantar maklumat akan menyebabkan komunikasi
gagal. Contohnya, Ali memberitahu Ahmad mengenai cara menanak nasi, sedangkan
Ahmad pula sebenarnya ingin mengetahui cara memasak bubur. Kegagalan Ali
memahami apa yang diingini oleh Ahmad sebenarnya satu bentuk kegagalan
komunikasi.
Kegagalan komunikasi menyebabkan
tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Bahkan, kegagalan komunikasi boleh
menimbulkan kesan buruk atau kerugian besar kepada individu dan
organisasi.
Contohnya, bayangkan jika pil perancang keluarga yang ingin dibeli di farmasi, sebaliknya pil kesuburan pula yang diberikan. Kesannya tentu berlawanan dengan apa yang diharapkan.
Contohnya, bayangkan jika pil perancang keluarga yang ingin dibeli di farmasi, sebaliknya pil kesuburan pula yang diberikan. Kesannya tentu berlawanan dengan apa yang diharapkan.
Sebab itu amat penting dua pihak
berkomunikasi perlu perlu bersedia untuk memasuki fasal komunikasi. Jika salah
satu pihak belum bersedia, elok komunikasi itu ditangguhkan. Ini bagi
memastikan komunikasi itu benar-benar berlaku dengan baik.
Contohnya, kita tidak patut berbincang dengan orang yang sedang marah, tidak sihat atau sedang mengalami tekanan perasaan. Jika sekiranya fasal perbincangan diteruskan juga dalam keadaan itu, ia tidak akan mencapai hasil seperti diharapkan.

Komunikasi yang baik juga bergantung
kepada hasil daripada komunikasi itu. Atau disebut mencapai matlamatnya. Kita
ketahui rata-rata individu mahir bercakap atau mampu menyampaikan maklumat yang
ingin disampaikan.
Namun, tidak semua komunikasi
berjaya mencapai matlamatnya. Perkara ini memerlukan penyampainya memahami
situasi dan orang yang ingin disampaikan maklumat atau diajak
berbincang.
Kemahiran ini amat penting terutama dalam mempengaruhi individu lain membuat keputusan seperti kita harapkan. Contohnya, jurujual yang mempromosikan sesuatu barang dianggap berjaya apabila pelanggan membeli barang yang dipromosikan.

No comments:
Post a Comment