Fungsi sebenar kolon
adalah mencuci dan menghapuskan sisa penghadaman daripada badan. Sebaliknya,
kolon bertukar menjadi bakul sampah menyimpan unsur tidak diperlukan badan
disebabkan sikap kita.
Sebahagian
sisa toksid melekat pada kolon bertahun-tahun. Makanan tidak sesuai
daripada segi campuran berkumpul di dalam kolon. Sisa itu berkumpul di dinding
kolon sehingga menghalang tugas sebenar kolon.
Fakta
dari Kolej Perubatan England mendapati 90 peratus pelbagai penyakit berkaitan
dengan kolon tidak bersih. Statistik juga mendapati kira-kira 500,000
kematian setahun di seluruh dunia disebabkan kanser kolon.
Manakala kira-kira lima
juta atau 20 peratus rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman
seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain. Keadaan ini
berpunca cara pemakanan tidak sihat seperti kurang makan serat, banyak makan
makanan segera dan makanan proses serta snek.
Untuk
mengetahui tahap kesihatan kolon, 'kajian' atau pemerhatian mudah boleh
dilakukan berdasarkan keadaan najis turut melambangkan tahap kesihatan tubuh
kita.
Presiden
Kolej Gastroenterologi Amerika Syarikat, Dr Amy Foxx-Orenstein, berkata saluran
usus kita ialah unit pemprosesan bagi semua khasiat makanan yang kita makan dan
unit untuk mengeluarkan semua yang tidak dikehendaki. Lantas, apa yang keluar
daripadanya menggambarkan sejauh mana tahap kesihatan atau penyakit yang ada
dalam tubuh kita.'
Beberapa masalah
kesihatan seperti penyakit penghadaman disebut 'celiac disease', boleh
menyebabkan masalah penyerapan serat ini. Bau busuk juga boleh disebabkan oleh
memakan makanan yang mengandungi olestra (lemak tiruan yang terdapat dalam
beberapa snek goreng) dan memakan beberapa jenis ubat untuk menurunkan berat
badan.
Berapa kalikah sehari
kita harus membuang air besar dan berapa lama kita harus menghabiskan masa di
tandas yang dianggap normal? Tiada
jawapan betul bagi soalan ini. Pakar mengatakan tiada masa, tempoh atau
kekerapan yang dianggap normal untuk membuang air besar. Apa yang 'normal' berbeza
daripada seorang ke seorang.
Sekali,
dua atau tiga kali sekali, semua ini boleh diiktiraf 'normal' dan menyihatkan
bagi individu berlainan. Tetapi jika rutin ini berubah, anda haruslah menyiasat
puncanya.
Jika
anda lebih kerap membuang air besar, mungkin anda makan serat berlebihan atau
jika anda mengalami sembelit, perhatikan apa yang anda makan.
Untuk
mengatasi masalah kolon memerlukan tindakan khusus ke arah itu. Langkah
yang pertama dan utama ialah memperbaiki amalan pemakanan.
Jauhi
makanan yang diketahui boleh memudaratkan tubuh seperti makanan segera, makanan
proses, snek dan mengandungi bahan tiruan. Kita juga perlu mengetahui
tropologi makanan (sains pencampuran makanan) dan jauhi makanan yang tidak
boleh dimakan bersama.
Kurangkan makanan
bersifat asid seperti asam dan air bergas. Banyak makanan bersifat alkali untuk
menuteral atau mengurangkan tahap asid dalam usus.
Kolon
yang kotor perlu dicuci. Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis
pencuci kolon terjual di pasaran. Ia mengeluarkan toksid yang terkumpul di
dalam kolon dan membantu kembali kesihatan kolon. Amal banyak minum air berakali juga dapat
mencuci kolon toksid dan berasid.
Percaya atau tidak,
kolon adalah organ dalam badan paling teruk didera oleh sikap kita. Amalan bersenam dan
menyedut udara segar dipercayai dapat membantu membersihkan kolon.
No comments:
Post a Comment