Apabila fahaman liberal
diagung-agungkan oleh golongan tertentu, maka akan ada puak atau individu
berani menampilkan diri dengan hujah liberal. Mereka cuba mencabar
kewarasan umat Islam di Malaysia dan tidak sekali-kali berasa takut kerana
yakin ada pihak menyokong tindakan yang dilakukan.
Hakikat ini membawa kepada
keberanian individu Islam di Malaysia menempelak masyarakat Melayu yang menolak
perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan
menolak fitrah semulajadi hidupan.
Kenyataan itu menyamakan
manusia dengan binatang sedangkan kedudukan manusia jauh lebih mulia dari
binatang. Kita diberikan akal fikiran yang waras untuk membezakan yang mana
betul dan yang mana salah. Binatang pula hanya berkisar tentang habitat mereka
semata-mata tanpa kelebihan untuk membezakan antara pahala dan dosa.
Individu berkenaan
berpendapat pelakuan homoseks boleh dilihat secara universal di hampir kesemua
spesis, namun ‘homophobia’ hanya terlihat di satu spesis sahaja – manusia.
"Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang bukan bersifat semulajadi, tetapi juga merupakan punca segala jenis kejahatan dan kemusnahan,” katanya.
Tambah kenyataan itu lagi,
pelakuan seks sumbang sesama jantina adalah normal di kalangan pelbagai jenis hidupan
lain, namun homo sapiens seperti NGO-NGO Melayu yang konservatif dan ahli
politik mendesak pelaku-pelaku seks sumbang tersebut dihumban di pusat
pemulihan dan mahu menghapuskan golongan LGBT daripada negara ini.
“Pelbagai spesis seperti
dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo
memperlihatkan sifat biseksual dan homoseksual. Homo sapien seperti NGO-NGO
Melayu konservatif dan beberapa ahli politik mendesak kerajaan mereka untuk
menghumban golongan seks sesama jantina di pusat-pusat pemulihan dan
menghapuskan LGBT daripada permukaan negara kita,” menurutnya lagi. .
Seperti dijelaskan, keberanian
orang Islam di Malaysia melontarkan pandangan yang jauh terpesong itu
disebabkan ada gerakan dilakukan pihak tertentu menyokong amalan bertentangan
Islam itu.
No comments:
Post a Comment