Sekarang resipi buat onde-onde amat mudah berbanding dahulu. Cara tradisi hendak buat onde-onde agak mengambil masa kerana perlu melalui proses penyediaan bahan asas. Beras pulut perlu dikisar sendiri.
Beras
pulut kena dirandam dulu beberapa jam untuk dijadikan ia lembut. Beras pulut
yang sudah lembut itu dikisar menggunakan kisaran. Proses itu saja telah banyak menggunakan
tenaga.
Beras
pulut yang dikisar dicampur dengan air akan terbentuk seperti santan. Setelah semua beras dikisar, beras pulut yang dalam bentuk cecair itu akan
dimasukkan ke dalam kain puith atau guni gandum untuk ditapis atau mengeluarkan
air sehingga terbentuk adunan pejal.
Proses
ini saja mengambil masa setengah jam hingga sejam. Ini kerana tidak ada alat pemampat. Biasanya hanya menggunakan kisaran untuk
memampatnya yang dibirkan beberapa lama.
Kalau
dulu untuk sampai ke peringkat menyediakan adunan beras pulut telah mengambil
masa berjam-jam, sekarang ini tidak sampai 10 minit. Boleh guna tepung beras
pulut dan digaul terus dengan air.
Kuih
onde-onde atau kuih buah melaka ini adalah kuih tradisional yang telah ada
sejak turun temurun. Selain dari popular pada bulan Ramadan, kuih ini juga
sangat sesuai untuk juadah minum petang.
Umumnya
kuih ini berwana hijau kerana guna daun pandan asli. Namun ada juga mengguna pelbagai jenis
pewarna. Namun, apapun warnanya cara membuatnya tetap sama.
Tak
banyak bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini dan cara membuatnya pun
mudah.
Bahan asas yang diperlukan ialah tepung beras pulut, menisan (gula Melaka), daun pandan (atau perisa berwarna) dan kelapa muda parut.
Gaul
tepung pulut dengan air yang telah dicampur pewarna atau air daun pandan yang
dikisar dan telah ditapis.
Ambil
adunan sebesar ibu jari dan leperkan.
Letakkan
gula melaka (yang telah dipotong kecil) dan gentel menjadi bulat.
Masukkan
ke dalam air mendidih.
Angkat
apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
Gaulkan
kuih tadi dengan kelapa parut muda. Kelapa parut berfungsi mengelak onde-onde melekat sesama sendiri, selain memberi rasa yang sedap.
Siap
untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment