Belacan
merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau dipanggil geragau
digaul bersama garam. Ia mempunyai bau agak kuat tetapi sedap dan digemari
ramai.
Terdapat
sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini
membangkitkan baunya. Orang Melayu jika tak tahu makan belacan sering kali
ditertawakan atau diejek. Begitulah sinonimnya belacan dalam kehidupan orang Melayu.
Tetapi belacan kini telah diterima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia. Bahkan ada pengeluar belacan terdiri bukan Melayu.
Tetapi belacan kini telah diterima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia. Bahkan ada pengeluar belacan terdiri bukan Melayu.
Proses
pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan
kualiti belacan agar tahan lama.
Bahan
asas belacan ialah udang geragau dan garam. Ada juga mencampurkan dengan gula
dan sagu. Udang yang digunakan untuk diproses membuat belacan hendaklah
terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir,
habuk, kulat dan sebagainya. Garam yang digunakan pula ialah jenis garam halus.
Jumlah garam yang digunakan biasanya ialah 10% daripada jumlah berat udang yang
digunakan.
Udang yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul rata. Bahan yang telah dicampurkan itu diletakkan di atas nyiru atau tikar untuk dikeringkan separuh kering.
Udang yang telah dibersihkan dicampur dengan garam halus dan digaul rata. Bahan yang telah dicampurkan itu diletakkan di atas nyiru atau tikar untuk dikeringkan separuh kering.
Udang
yang bergaram yang telah dijemur separuh kering tadi dikisar atau kaedah
lamanya dengan cara menumbuk di dalam lengsung supaya separuh hancur. Bahan yang telah ditumbuk itu dibungkus
dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat. Ia perlu diperam selama
seminggu.
Setelah diperam
selama seminggu, bahan itu dikisar sekali lagi supaya adunan hancur menjadi
halus. Selepas itu dibungkus semula
dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong dan ditekan supaya menjadi padat. Kemudian
diperam selama seminggu lagi.
Langkah
tersebut diulang beberapa kali bagi menghasilkan belacan bermutu tinggi.
Belacan asli diproses mengambil masa lama kerana menjamin mutu dan kualitinya. Belacan asli tidak menggunakan kimia Rhodamine B yang digunakan sebagai pewarna mencantikkan belacan. Bahan kimia Rhodamine B berbahaya untuk kesihatan.
Petua untuk
mendapatkan bekalan belacan yang asli adalah dengan membeli belacan buatan
kampung dan bukannya belacan kilang. Belacan buatan kampung adalah diusahakan
sendiri oleh orang kampung.
No comments:
Post a Comment