Sebarang permasalahan sosial yang timbul adalah berpunca daripada tidak melaksanakan tuntutan syariah. Dengan kata lain, masalah sosial akan dapat diselesaikan jika mengikut apa yang ditetapkan syariah.
Sifat kelemahan dan keterbatasan manusia. Allah menjelaskan bahawa manusia dicipta dalam keadan
sebaik-baik kejadian. Firman Alah dalam surah at-Tin, ayat 4
bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik
kejadian."
Pun
begitu harus disedari, terdapat banyak kelemahah dan keterbatasan yang wujud
pada diri manunsia. Justeru itu, manusia perlukan syariah untuk
menampung atau memperbaiki kelemahan dan keterbatasan itu.
Islam
tidak hanya meletakkan keimanan dalam konteks hubungan dengan Allah
semata-mata. Sebenarnya, hubungan sesama manusia lebih banyak diberi
penekanan.
Hubungan
manusia dengan hanya Allah hanya tertumpu kepada perlaksanaan ibadat khusus
seperti sembahyang, berpuasa, haji dan lain-lain. Sedangkan,
hubungan manusia sesama manusia meliputi segenap kehidupan. Aspek
pergaulan dalam keluarga, persaudaraan, peniagaan, kenegaraan dan sebagainya
banyak dijelaskan oleh syariat.
Biarpun
manusia dikurniakan akal, ia tidak mampu menterjemah sepenuhnya keperluan hidup
manusia. Sebab itu manusia memerlukan panduan dalam bentuk
syariat. Setiap apa yang disuruh oleh syariat adalah bertujuan memberi
kebaikan, sedangkan larangan adalah untuk mengelak berlaku perkara buruk atau
merugikan.
Setiap
apa yang dilakukan manusia akan diberi pembalasan setimpal di akhirat kelak
sama ada baik atau buruk. Pembalasan syurga atau neraka adalah satu
motivasi untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan keburukan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Sesiapa mampu menundukkan nafsunya, maka syurgalah
tempatnya. Sebaliknya, sesiapa yang menuruti hawa nafsunya, maka nerakalah
tempat kembalinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
No comments:
Post a Comment