Menziarah
kubar satu cara terapi iman. Banyak
hikmah diperoleh melalui amalan itu untuk membentuk ketakwaan dan
keimanan. Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ziarahilah perkuburan,
kerana perbuatan demikian akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis
riwayat Muslim).
Luqman
Hakim pernah menggunakan kaedah menziarahi kubur untuk mendidik anaknya yang bersikap
keras dan sukar menerima tunjuk ajar. Anaknya
berubah dan menjadi seorang anak yang baik, patuh kepada perintah Allah SWT dan
taat kepada ibu bapa.
Ada
orang alim menjadikan liang lahad sebagai tempat untuk bersuluk atau bertafakur
menghampirkan diri kepada Allah SWT. Liang lahad untuk bersuluk itu ada yang digali di tanah perkuburan, dan
ada juga berada dekat dengan masjid atau rumah.
Tinggal
di liang lahad dirasakan seperti diri telah meninggal dunia. Terasa diri berdepan dengan malaikat Munkar
dan Nakir. Orang alim merasakan amalan
yang dilakukan masih belum mencukupi untuk mendapat kedudukan terbaik di sisi
Allah SWT.
Menziarahi
kubur mengingatkan kita pada akhirat atau kematian. Sesungguhnya maut datang tanpa dapat diduga,
tidak kira usia muda atau muda. Ia mengingatkan bahawa walaupun terasa amat
sayangkan kehidupan dunia, akhir kehidupan tetap ke liang lahad.
No comments:
Post a Comment