Pengguna
internet di negara kita sepatutnya lebih berdisiplin dan peka agar tidak
membangkitkan isu sensitif, hasutan dan fitnah yang boleh menimbulkan keresahan
dan kemarahan rakyat. Contohnya dalam isu keagamaan dan kepercayaan
seperti tindakan individu yang menhina Nabi Muhammad SAW.
Mereka
perlu sedar bahawa walaupun perbuatan itu dilakukan di atas talian dan
menggunakan nama samaran, kecanggihan teknologi dan kepakaran forensik pihak
berkuasa mampu mengenalpasti identiti mereka dan dibawa kepada muka
pengadilan.
Rakyat yang
sayangkan keamanan dan hubungan baik sesama kaum perlu peka dan faham mengenai
isu sensitif. Garis panduan mudah ialah jangan hina agama kaum lain yang
merangkumi kepercayaan, cara hidup, cara melakukan ibadat, tempat sembahan dan
individu atau objek yang dianggap mulia oleh sesuatu agama.
Bagi
orang Islam, janganlah kerana ada pihak yang telah melakukan provokasi, maka
perbuatan itu dibalas dengan perbuatan yang sama. Ini bukan soal kita
takut atau lemah, tetapi itu lebih baik. Pihak berkuasa telah melakukan
yang terbaik dalam hal ini. Inilah pentingnya rakyat sentiasa menyokong
kerajaan.
Berbalas
dan mencipta isu agama untuk melawan pihak musuh tidak mendatangkan
kebaikan. Malah, keadaan akan menjadi lebih buruk.
Perkara
ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Anam ayat 108 yang
bermaksud: "Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah
selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas
tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik
pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia
memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."
Nabi Muhammad pada fizikalnya adalah manusia biasa. Apa diperlukan oleh manusia lain, juga diperlukan oleh baginda seperti makan,
minum, tidur, ditimpa penyakit dan sebagainya. Tetapi di segi yang lain,
khususnya peribadi dan kemampuan Baginda amat istimewa yang tiada tandingannya.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanya wahyu yang
diwahyukan kepadanya." (Surah an-Najm, ayat 3-4).
Kesempurnaan sikap dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW bukan
saja diiktiraf oleh umat Islam, bahkan juga di kalangan sarjana bukan Islam.
Sir Herbert Spencer (1820-1903) dalam bukunya yang
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, Ushulul Ijtima antara lain menulis:
“Hendaklah kamu menjadikan Muhammad sebagai contoh politik agama yang benar,
dan seorang yang paling jujur dalam menerapkan sistemnya yang kudus di
tengah-tengah umat manusia seluruhnya. Muhammad merupakan sesuatu yang dijadikan amanat yang
dijelmakan dalam kejujuran yang murni, siang dan malam selalu tekun
membangunkan umatnya.”
Jadi,
sesiapa yang menghina Rasulullah SAW sebenar golongan yang buta sejarah dan
sememang ingin mencipta polimik yang tidak memberi keuntungan kepadanya,
melainkan akan berdepan dengan kemarahan umat Islam.
No comments:
Post a Comment