Mengapa Melayu dihina. Cuba kaji
dan muhasabah diri secara jujur mengapa perkara ini berlaku.
Mengapa kaum lain sejak
kebelakangan ini dengan mudah dan tidak ada homat kepada bangsa Melayu? Amat
malang apabila orang Melayu sendiri menghina kedudukan Melayu.
Adakah ia ada kaitan dengan
kedudukan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Melayu dalam keadaan
lemah? Mungkinkah bangsa lain telah berasa mendapat sokongan dan
bergabung dengan parti Melayu sebagai tiket untuk menyerang orang Melayu?
Secara teorinya, musuh akan
menyerang ketika melihat Melayu lemah. Dalam konteks Malaysia, Melayu dilihat
lemah apabila bercakaran sesama sendiri. Lebih-lebih lagi apabila Melayu
sendiri yang membuat sesuatu yang boleh mendatangkan kerugian kepada Melayu.
Di Malaysia, Melayu adalah
Islam. Tafsiran Melayu sepertimana Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan bahawa 'Melayu' ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim
bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.
Sesiapa yang menghina Melayu
bermakna telah menghina Islam yang mana Melayu itu mesti Islam.
Sama juga dengan isu penghinaan
terhadap Yang Dipertuan Agong dan Sultan-sultan adalah satu penghinaan yang
jelas terhadap agama Islam kerana baginda adalah pelindung kesucian Islam di
Malaysia.
Maka di sini, orang Melayu
mesti bersatu tanpa mengira pegangan politik untuk mempertahan Islam yang kini
diserang dari segenap sudut.
Kita berasa sedih kerana ada di
kalangan orang Melayu sendiri yang bersikap beradap terhadap Duli-duli Sultan
dan institusi kesultanan Melayu.
Pada dasarnya, Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara berperanan sebagai ‘payung’ atau pelindung kepada
seluruh rakyat Malaysia. Peranan sebagai Ketua Negara ini tidak boleh
dipisahkan daripada persoalan mengenai keselamatan keseluruhan Persekutuan
Malaysia.
Oleh itu, Perlembagaan
Persekutuan juga meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi
Angkatan Bersenjata bagi Malaysia.
Peranan institusi Raja dalam
memayungi agama Islam di negara ini juga membuktikan bahawa institusi Raja di
negara ini adalah bersifat fungsional, bukannya bersifat lambang atau boneka
semata-mata.
Raja-Raja adalah Ketua Agama
Islam di negeri-negeri baginda, manakala bagi Wilayah Persekutuan, Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama
bagi negeri berkenaan.
Baginda akan dirujuk dan
apa-apa perkara berkaitan agama Islam serta baginda berhak untuk menegur dan
membetulkan yang mana yang perlu serta memberikan cadangan mengenai apa-apa
perkara berkaitan pelaksanaan Islam di negara ini.
Fungsi baginda itu adalah
selari dengan Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Raja-raja
adalah Ketua Agama Islam dalam negeri naungan baginda yang mempunyai kuasa atas
hal ehwal Islam.
Segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipersoal atau dipertikai.
Segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipersoal atau dipertikai.
No comments:
Post a Comment