Siapakah kita tanpa kelahiran Nabi Muhammad. Hakikat
ini antara sebab mengapa kita perlu bersyukur dan berterima
kasih. Perasaan sayang dan cinta kepada Rasulullah perlu ada dalam
hati setiap Muslim sepanjang masa, mengatasi segala rasa keinginan terhadap
makhluk lain.
Betapa bangganya umat Islam yang menyertai setiap kali
sambutan Maulidur Rasul. Seluruh masyarakat mengakui dan menzahirkan
kesyukuran menjadi umat Rasulullah. Tidak ada individu lain yang
ulang tahun kelahirannya disambut umat seluruh dunia sepanjang zaman.
Mencintai diri Rasulullah samalah mencintai
agama. Sesiapa menerima keesaan Allah, tetapi menolak kecintaan
terhadap Rasulullah, bermakna masih tidak lengkap keimanannya. Kalimah syahadat
yang menjadi lambang pengesahan keimanan turut merangkaikan ungkapan tentang kebenaran
kerasulan Nabi Muhammad.
Firman Allah
SWT yang bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW
itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan
keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut
dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang)". (Surah
al-Ahzab, ayat 21)
Sambutan Maulidur Rasul amat bermakna. Jadi,
tidak tepat jika dikatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar upacara
rasmi. Setiap peristiwa tetap memberi kesan, biarpun amat
kecil. Ia bergantung kepada tahap penerimaan setiap
orang. Tidak mungkin individu menyertai sambutan Maulidur Rasul
tidak mendapat apa-apa manfaat.
Biarpun sambutan secara bermusim, hakikatnya ia satu
musim untuk memperkasakan kembali ingatan kita mengenai sirah
Rasulullah. Kita menjadi lebih dekat dan semarak kasih terhadap
baginda ketika sambutan Maulidul Rasul dan sepanjang bulan Rabiulawal.
Pemugaran perasaan itu kemudiannya dilanjutkan sepanjang tahun. Bayangkan jika tidak ada satu sambutan khusus mengingati Rasulullah. Bagaimana dengan golongan muda yang semakin asing mengenai perjalanan hidup baginda? Melalui acara sambutan inilah peluang terbaik membongkar kembali sirah Rasulullah untuk dijadikan panduan dan ikutan kita semua.
Pemugaran perasaan itu kemudiannya dilanjutkan sepanjang tahun. Bayangkan jika tidak ada satu sambutan khusus mengingati Rasulullah. Bagaimana dengan golongan muda yang semakin asing mengenai perjalanan hidup baginda? Melalui acara sambutan inilah peluang terbaik membongkar kembali sirah Rasulullah untuk dijadikan panduan dan ikutan kita semua.
Sesungguhnya keagungan Nabi Muhammad tidak dapat diukur
dan dinilai melainkan Allah. Apa yang pasti, baginda adalah insan terpilih di
kalangan umat dan kehadiran baginda adalah rahmat bagi sekalian alam. Allah
berfirman maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) dengan rahmat Allah
dan kurnia-Nya hendaklah mereka bergembira". (Surah Yunus, ayat 58).
No comments:
Post a Comment