Maulidul Rasul tanda cinta Nabi. Memperingati kelahiran Nabi Muhammad adalah manifestasi kecintaan kepada
insan termulia sepanjang zaman.
Sewajarnya baginda mendapat
pengiktirafan secara simbolik atas nikmat agama dan panduan hidup yang
disebarkan oleh baginda kepada seluruh manusia.
Kelahiran Rasulullah membawa bersama
membawa rahmat tidak terhingga. Ini dijelaskan dalam firman Allah
yang bermaksud: "Kami tidak mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan
untuk menjadi rahmat kepada alam sejagat." (Surah al-Anbiya, ayat 107)
Sirah Rasulullah SAW penuh dengan tauladan untuk diikuti dan
dijadikan panduan hidup. Antara yang menjadi contoh terbaik ialah
sikap Rasulullah SAW dalam menjadi contoh ketua keluarga dan
suami. Rasulullah SAW memiliki 'pakej lengkap' dalam semua aspek
kehidupan.
Kedudukan Rasulullah SAW sebagai insan istimewa turut diiktiraf
oleh bukan Islam. Ahli Astrofizik berbangsa Yahudi Amerika Syarikat iaitu
Michael H.Hart telah menerbitkan sebuah buku pada tahun 1978 bertajuk "The
100: A Ranking of the Most Influential Persons in History".
Buku itu terjual hampir 500,000 naskhah pada masa itu ekoran
beliau menamakan Nabi Muhammad SAW yang dikatakan sebagai Pengasas Islam di
tempat pertama dan tertinggi mengatasi tokoh-tokoh yang lain.
Kehebatan dan ketokohan baginda bukan sahaja dalam aspek
penyebaran nur Islam semata-mata seperti Rasulullah iaitu pesuruh
Allah. Malah meliputi semua aspek, bagindalah seorang nabi dan
rasul, pemimpin, panglima, imam, suami, bapa, rakan atau sahabat dan pelbagai
lagi.
Ia bertepatan dengan penghormatan oleh Allah SWT menerusi
firman-Nya yang bermaksud : "Demi sesungguhnya, adalah bagi diri
Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia
pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan
senang)". (Surah al-Ahzab, ayat 21) .
Sesungguhnya keagungan Nabi Muhammad
tidak dapat diukur dan dinilai melainkan Allah. Apa yang pasti, baginda adalah
insan terpilih di kalangan umat dan kehadiran baginda adalah rahmat bagi
sekalian alam.
Allah berfirman
maksudnya: "Katakanlah (Muhammad) dengan rahmat Allah dan
kurnia-Nya hendaklah mereka bergembira". (Surah Yunus, ayat 58).
No comments:
Post a Comment