Motivasi
pekerja merupakan satu aset penting kepada organisasi. Sebab itu,
usaha meningkatkan motivasi pekerja tidak boleh dipandang
ringan. Organisasi perlu mewujudkan situasi atau rangsangan yang
boleh menaikkan dan mengekalkan motivasi pekerja pada tahap tertinggi.
Organisasi yang gagal mengekalkan
motivasi pekerja akan berdepan dengan masalah besar. Bahkan ada
kemungkinan organisasi tidak mampu bersaing dengan organisasi lain sehingga
terpaksa menghentikan operasi.
Sebab itu terdapat organisasi besar
sanggup menyediakan peruntukan untuk menggaji pakar motivasi yang
bertanggungjawab memantau dan mengadakan program khusus berkaitan membina
motivasi pekerja.
Pekerja yang bermotivasi adalah aset
kepada organisasi. Sebaliknya, pekerja yang tidak bermotivasi adalah bebenan
kepada organisasi. Mereka menjadi virus yang akan turut mempengaruhi
pekerja lain mengikut perangai buruk itu.
Motivasi adalah pencetus atau
pemangkin kepada kecemerlangan pekerja dan seterusnya memberi kesan baik kepada
seluruh organisasi.
Banyak cara boleh dijadikan cara
untuk menaikkan motivasi pekerja. Antaranya ialah:
- Seminar dan kursus. Cara ini dapat
memberi pengetahuan baru tentang tugas dan kemahiran yang perlu pekerja miliki.
- Anugerah. Satu pendekatan
menggalakan pekerja melakukan yang terbaik di kalangan mereka.
- Peluang kenaikan pangkat. Kenaikan
pangkat menjadi motivasi yang paling diharapkan di kalangan pekerja kerana
mengangkat kedudukan, gaji dan penghormatan.
- Jaminan kerja. Pekerja sememangnya
berharap mereka akan terus dapat bekerja. Jadi berikan mereka sesuatu maklumat
atau rangsangan bahawa mereka akan terus dapat bekerja di situ.
- Hari keluarga. Memberi peluang
untuk mereka berasa berada dalam satu kelompok yang masing-masing mempunyai
peranan untuk syarikat terus berkembang.
- Perkongsian untung. Pekerja akan bersemangat
bekerja jika mereka berpeluang untuk mendapat pulangan yang lebih besar jika
syarikat mendapat keuntungan yang lebih besar.
- Tempat kerja yang selesa. Tempat
atau suasana yang selesa memberi motivasi kerja yang lebih baik. Fikiran dan
perasaan berasa tenang untuk membantu kerja dapat dilakukan dengan lancar.
- Hubungan mesra. Paling penting
wajud hubungan mesra di antara peringkat atasan dengan bawahan.
- Sikap saling menghormati.
Pengurusan yang menghoramati dan memahami tugas setiap individu dalam
organisasi memberi kesan hebat untuk meningkatkan motivasi.
No comments:
Post a Comment