Kes sumbang mahram, seks
bebas dan tukar pasangan semakin terjadi dalam masyarakat. Ibu atau bapa
lacurkan anak seawal usia 10 tahun juga berlaku. Ibu bapa jenis apakah ini?
Semua kejadian ini berlaku akibat tiada pegangan agama atau kurang didikan
agama. Hukum agama tidak dipedulikan asalkan dapat puaskan nafsu. Mereka tidak kira erti dosa dan pahala. Jauh sama sekali untuk ambil
kisah cemuhan masyarakat.
Hidup bebas seks berlaku
yang berlaku dalam masyarakat Melayu sudah seakan-akan seperti di negara
Barat. Itu semua ajaran sesat yang semakin menular dalam masyarakat
kita.
Ini tidak termasuk kes
abang ipar layan nafsu adik ipar, adik ipar lelaki dengan kakak ipar perempuan,
sumbang mahram adik beradik dan sebagainya.
Ada yang kongsi bini
dengan lelaki lain, main dengan isteri rakan, main dengan isteri jiran, kongsi
suami, adik main kakak, bertukar pasangan suami isteri, suami jual isteri dan
macam-macam istilah yang menjijikkan.
Hidup tidak ubah macam
alam haiwan, bahkan lebih teruk. Binatang tahu menjaga pasangan
masing-masing. Binatang akan berlawan hingga mati semata-mata untuk
mengelak jantan lain mendampingi pasangannya.
Sebenarnya apa yang
diketengahkan adalah soal hubungan terlarang dalam keluarga. Perkara
yang jijik, tetapi dianggap seronok oleh mereka yang sudah bernafsu binatang.
Hubungan terlarang tidak
berlaku jika masing-masing menjaga batas hubungan. Ingat, hubungan
keluarga dan tinggal serumah bukan alasan untuk bergaul bebas.
Syaitan sentiasa menjadi
orang tengah menggalakkan maksiat. Syaitan yang diketuai iblis ingin kita
menemaninya di neraka. Syaitan mengajak manusia ingkar perintah Allah dan
menjadi sesat.
Antara yang perlu dijaga
ialah soal batasan aurat yang boleh menaikkan nafsu
ghairah. Berpakaianlah dengan sopan biarpun berada di dalam rumah
sendiri. Jangan dedahkan bahagian mudah mengundang ghairah pasangan
berlainan jantina.
Sumbang mahram, selikuh
dan seks terkutut di dalam rumah mudah berlaku kerana tidak ada yang
melihat. Ia tidak ubah seperti pesta seks keluarga. Mereka
menganggap rumahku syurgaku. Sedangkan hakikatnya rumahku sudah menjadi
nerakaku.
Sikap saling percaya dan
anggap tidak ada apa-apa banyak punca berlaku maksiat di dalam rumah. Mereka
berkongsi dan memberi kepada yang tidak sepatutnya.
Jangan terkejut jika
lesbian, gay, biseksual dan transgander juga wujud di dalam rumah. Inilah
yang membimbangkan. Maksiat dalam rumah yang terselindung di sebalik
hubungan kekeluargaan.
Isteri curang, suami
jahat, kakak ipar atau adik ipar menggoda dan macam-macam lagi terjadi dalam
keluarga yang tidak mementingkan batasan hukum agama. Lebih malang, suami
lacurkan isteri, ibu atau bapa paksa anak perempuan mereka layan nafsu
lelaki.
Banyak kes berpunca adik
atau kakak, suami isteri bercerai akibat masalah ini. Justeru, layanan terhadap ahli keluarga perlu dibatasi untuk elak maksiat
dan fitnah.
Akibat nafsu buas,
kanak-kanak perempuan menjadi mangsa. Kisah bapa rogol anak satu kejadian
yang menyedihkan. Sama juga kejadian bapa cabul dan rogol cucu. Mereka tidak
kira umur.
Ada kes kanak-kanak yang
masih berstatus bayi berumur bawah satu tahun menjadi mangsa seks gila. Manusia
hilang kewarasan dan nilai kemanusiaan.
Islam melarang hubungan
bebas, tambah lagi seks bebas. Hubungan seks menjadi satu ibadah jika
berlaku antara suami isteri yang sah nikah. Islam menghalalkan nikah
dan mengharamkan zina.
Kepada yang terlanjur,
cepatlah bertaubat nasuha dan berusaha menjauhkan perbuatan dosa itu. Ingatlah, perbuatan dosa membawa ke neraka. Rebutlah perluang taubat yang
masih terbuka sebelum ajal menjemput.
No comments:
Post a Comment