Manusia
menjadi khalifah di alam ini, menjaga alam semulajadi mengikut peraturan
ditetapkan. Jika peraturan hukum alam tidak dipatuhi, maka akan berlaku bencana
yang mendatangkan kerugian dan kesusuahan kepada masyarakat yang berada di
tempat itu, tidak kira orang beriman atau kafir. Tidak kira sama ada orang itu
punca berlaku bencana atau sekadar menjadi mangsa.
Bencana
adalah teguran Allah kepada orang-orang beriman agar tidak berterusan melakukan
amalan menyebabkan boleh berlaku bencana. Usaha mengelak bencana antara lain
menghalang orang yang bertanggungjawab daripada terus melakukan perbuatan punca
bencana.
Jika
orang itu adalah penguasa atau pemimpin, dia tidak layak untuk terus memegang
tampuk pemerintahan jika berterusan melakukan perbuatan punca jadi bencana. Ada
pemimpin tidak peduli meluluskan projek yang memberi kesan buruk kepada alam
sekitar. Mereka mementingkan keuntungan kroni dan pihak tertentu dalam
meluluskan projek tanpa memperdulikan kesan buruk projek yang dijalankan.
Ingatlah,
Allah boleh menghantar apa saja peingatan atau pembalasan dalam apa juga bentuk
seperti tanah runtuh, banjir, ribut dan sebagainya. Itu semua sebagai
peringatan agar kita tidak terus melakukan perbuatan mengundang bahaya.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Telah nampak kerosakan didarat dan di laut
disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka
sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang
benar). (Surah ar-Rum, ayat 41).
Adapun
bagi kita semua, rentetan musibah yang terjadi hendaklah menjadi tazkirah
(pengingat) bahawa bencana tersebut dapat terjadi di tempat kita jika Allah SWT
menghendaki.
Berdoa, bertaqarrub dan beristighfar semoga Allah SWT selalu menganugerahkan keselamatan dan keampunan bagi kita semua. Bencana itu mengingatkan kita agar kembali kepada jalan diredai.
Berdoa, bertaqarrub dan beristighfar semoga Allah SWT selalu menganugerahkan keselamatan dan keampunan bagi kita semua. Bencana itu mengingatkan kita agar kembali kepada jalan diredai.
Apabila
berlaku bencana, hendaklah yang menjadi mangsa dibantu tanpa mengira agama dan
bangsa. Sesiapa saja dalam kesusahan wajib dibantu. Ketika bencana bukan masa
sesuai untuk menunding jari siapa yang bersalah. Hulurkan bantuan segera
sehingga semua kembali sediakala. Selepas itu baru fikir untuk perbaiki agar
perbuatan itu tidak berulang.
Jika
kita tidak insaf dan masih meneruskan perbuatan ditegah biarpun telah diberi
peringatan, maka tunggulah balasan dari Allah yang lebih besar.
Sedarlah
bahawa selalu ada hikmah di balik setiap kejadian yang tampak mengerikan. Sesungguhnya, bencana merupakan ujian bagi
umat Islam.
No comments:
Post a Comment