Instrumen pelaburan yang mendapat
sambutan ialah melabur di institusi kewangan atau saham. Pada masa
sekarang, orang ramai tidak menghadapi masalah untuk melabur dalam sistem
perbankan Islam yang mengamalkan kaedah yang tidak melibatkan sistem
riba.
Penabung atau pendeposit berpeluang
mendapat perkongsian untung rugi berdasarkan kepada pengagihan
ditetapkan. Malaysia muncul antara petama dan paling sistematik
dalam pengurusan sistem perbankan Islam yang diiktiraf oleh negara-negara Islam
lain.
Kerajaan Malaysia melalui penubuhan
Perbadanan Nasional Berhad sejak awal tahun 80 an telah membuka peluang untuk
golongan bumiputera melabur dalam amanah saham dengan pulangan yang baik dan
selamat. Ia diurus secara cekap dan menjadi pengendali saham amanah terbesar
dan paling berjaya di negara kita.
Elak diri terjebak dengan skim simpanan atau pelaburan yang tidak diluluskan kerajaan. Ramai terpengaruh kerana dijanjikan keuntungan yang besar. Akibat sikap tamak dan tidak usul periksa, pelaburan menjadi lebur.

No comments:
Post a Comment