Kesedaran rakyat Malaysia, termasuk di kalangan orang Islam
terhadap kepentingan takaful semakin meningkat. Malah lebih
membanggakan apabila operasi syarikat insurans di Malaysia lebih cenderung
kepada berasaskan kepada memenuhi tuntutan syariat.
Majoriti urusniaga insurans di Malaysia sekarang adalah
bersandarkan kepada kendak agama. Justeru, tidak sukar untuk orang
Islam milih produk insurans halal di Malaysia. Malah, perkataan insurans
di Malaysia sekarang lebih dikenali dengan perkataan takaful, iaitu bukti ia
dijalankan secara
Islam.
Insturmen insurans mendatangkan faedah kepada
syarikat dan pemegang polisi. Kepakaran syarikat pengendali insurans
mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua pihak.
Dr. Muhammad Yusuf Musa menegaskan bahawa insurans
mengandungi unsur kerjasama memberikan manfaatkan kepada pihak-pihak yang
berinsurans. Amalan kerjasama dan saling menolong adalah suruhan
agama.
Firman Allah bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu di
atas perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan di atas
dosa dan penindasan.” - (Surah al-Maidah ayat 2).
Amalan insurans berdasarkan kepada konsep saling
membantu. Ia terbuka kepada sesiapa ingin menyertainya. Sesiapa
menyertai insurans dengan niat saling membantu maka ia dianggap mendatangkan
pahala.
Konsep kerjasama dalam insurans telah dibincangkan di
Persidangan Islam Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun
1969. Persidangan yang dihadiri oleh pemikir dan cerdikawan Islam seluruh
dunia itu telah mengambil ketetapan perniagaan insurans adalah dibolehkan
sekiranya berbentuk kerjasama.
Insurans kini bukan sahaja dianggap sebagai persiapan
menghadapi risiko, tetapi juga sebahagian daripada sistem
tabungan. Berdasarkan kepada prinsip asal insurans, iaitu saling
membantu dan keuntungan, pemegang polisi berpeluang mendapat pulangan daripada
pelaburan yang dibuat.
Secara amalan, tidak semua wang dicarum oleh pemegang
polisi insurans dimasukkan ke dalam tabung pampasan. Sebahagian
daripadanya dimasukkan ke dalam akaun peserta sebagai simpanan yang kemudian
digunakan oleh pengendali insurans untuk dilaburkan ke dalam aktiviti
perniagaan yang dibenarkan oleh Islam.
Wang simpanan berserta keuntungan tersebut menjadi milik pemegang polisi apabila tiba tempoh matang polisi atau diserahkan lebih awal berdasarkan kepada terma-terma yang dipersetujui.
Dengan kata lain, amalan insurans sekarang bukan sahaja bertujuan perlindungan risiko, tetapi juga sebagai tabungan dan pelaburan. Pihak kerajaan menetapkan sasaran agar lebih ramai orang Islam di negara kita menyertai insurans sebagai mekanisma merancakkan sistem ekonomi umat Islam.
Wang simpanan berserta keuntungan tersebut menjadi milik pemegang polisi apabila tiba tempoh matang polisi atau diserahkan lebih awal berdasarkan kepada terma-terma yang dipersetujui.
Dengan kata lain, amalan insurans sekarang bukan sahaja bertujuan perlindungan risiko, tetapi juga sebagai tabungan dan pelaburan. Pihak kerajaan menetapkan sasaran agar lebih ramai orang Islam di negara kita menyertai insurans sebagai mekanisma merancakkan sistem ekonomi umat Islam.
No comments:
Post a Comment